Lelaki yang membunuh 15 ekor ayam dengan melakukan hubungan intim secara paksa dengan haiwan itu, berasa tidak puas dan meminta maaf kepada ayam selepas itu.
Shane Waters, 40, dijatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan dan juga dilarang memiliki atau memelihara haiwan seumur hidup selepas mahkamah dimaklumkan mengenai perbuatannya yang mendera haiwan secara seksual termasuk anjing peliharaannya sendiri.
Bekas pekerja pasar raya itu sebelum ini pernah disabitkan bersalah atas tuduhan mendera kuda pada tahun 1997 dan 2016, lapor LancsLive. Hakim Sara Dodd ketika menjatuhkan hukuman terhadap Waters berkata, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh bukan kesalahan yang biasa dan ianya di luar batasan.
Pada September 2020, peladang di Ladang Lower Holker, Accrington, membuka reban ayamnya dan mendapati sejumlah besar haiwan ternakannya itu mati dan cedera. Merasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada ternakannya, dia kemudian menyemak semula video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menghubungi RSPCA (Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals).
Video menunjukkan, tertuduh berkeliaran di sekitar kawasan itu sebelum meninggalkan gudang tersebut pada jam 11.40 malam. Ketika ditahan polis pada 23 September 2020, dia memberita anggota polis: "Saya perlukan bantuan. Saya tahu apa yang saya dah buat."
Ketika disoal siasat, Waters memberitahu polis yang dia telah melakukan perbuatannya selama sembilan kali di reban ayam berkenaan. Tetapi biasanya hanya melakukan perbuatan tidak senonoh itu dengan seekor ayam sahaja.
Pendakwa Raya, Barbara Webster berkata, "Tertuduh tidak menyukai perbuatannya itu dan kemudian meminta maaf kepada ayam."
Mahkamah dimaklumkan sebanyak 15 ekor ayam mati akibat perbuatan Waters yang tidak senonoh itu. Tertuduh juga mengaku pernah melakukan persetubuhan dengan anjing peliharaannya selama empat bulan. Tetapi anjing itu tidak menyukainya dan menderam serta menggigitnya.
Peguam tertuduh, Anna Chestnut berkata, Waters berharap dia dapat membina kehidupan baru setelah dibebaskan dari penjara dan ini bukan kehidupan yang dia mahukan. Malah berasa jijik dengan perbuatannya sendiri.
"Seperti yang saya fahamkan, sekurang-kurangnya 15 ekor ayam mati akibat perbuatan kamu. Penternak ayam sangat terkejut dengan apa yang kamu lakukan. Kes ini menjijikkan. Perbuatan kamu sangat menyusahkan dan tidak dapat diterima," kata Hakim Sara Dodd.
Waters dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan dan tidak dibenarkan memelihara binatang ternakan seumur hidup di atas kesalahan yang dilakukannya itu. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/35TC2jb
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment