Seorang lelaki maut ditikam ketika sedang meluangkan masa berkaraoke dengan isteri orang yang juga merupakan kekasihnya di pusat karaoke. Pembunuhnya tak lain dan tak bukan adalah suami kepada pasangan curangnya.
Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu 25 November 2020 di Sumatera Selatan, mangsa, Ario Fernando, 34, maut dalam keadaan yang mengerikan selepas ditikam berulang kali oleh suspek, Rivat Eka Putra, 43, suami kepada Yebi Abmi Efimi, 37.
Tidak lama selepas kejadian itu berlaku, suspek terus ditahan polis. Gambar yang menunjukkan Yebi bersujud di kaki suaminya, Rivat, dipercayai meminta maaf kerana curang, juga viral di media sosial.
Difahamkan, motif pembunuhan adalah disebabkan Rivat cemburu dengan Yebi. Rivat dikatakan sudah menghidu kecurangan Yebi bersama Ario. Bahkan, mereka telah menjalinkan hubungan selama lima bulan.
Rivat pernah memberi peringatan kepada Yebi untuk berhenti berbuat demikian, tetapi isterinya tidak mengendahkan amaran tersebut.
Kemuncaknya, Rivat mengetahui isterinya sedang berdua-duaan dengan Ario di sebuah pusat karaoke. Rivat terus pergi ke premis tersebut dan ternyata benar. Yebi sedang berseronok dengan Ario dan pemandangan itu membuatkan Rivet berang lalu nekad bertindak.
Suspek menikam mangsa sehingga cedera parah dan maut serta-merta di lokasi kejadian. Rivat dilaporkan menikam badan Ario sebanyak tiga kali menggunakan pisau yang dibawanya. Berdasarkan gambar yang tersebar, mayat mangsa mengalami luka parah di bahagian leher. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3qcOy5A
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment