Khabar gembira ingin disampaikan buat keluarganya di kampung atas kejayaannya, tetapi khabar duka pula yang diterimanya sehingga mengganggu emosinya. Siapa sangka perjalanan hidup yang begitu indah pada awalnya, berakhir dengan satu musibah yang cukup menguji dia sekeluarga.
Tetapi dia tidak menganggap kejadian itu satu kelemahan baginya. Dia kini bangkit memulakan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kos perbelanjaan. Isteri dan anaknya sebagai penguat semangat bagi dirinya untuk meneruskan kehidupan.
FEBRUARI 2015 aku mula menjalankan perniagaan sendiri, sub wiring. Alhamdulillah ada empat bangunan yang harus disiapkan dan loan sebuah kereta second hand untuk berniaga pada awal Februari Tahun 2015 juga. Sepanjang perjalanan pada bulan itu, semuanya berjalan dengan lancar. Masa itu, anak seorang dan umur dia pada bulan Februari itu, betul-betul 9 bulan.
Sehingga pada hujung bulan Februari, saya bercadang nak balik ke kampung untuk sampaikan khabar gembira kepada ibu bahawa saya sudah ada syarikat sendiri. Kami dari keluarga yang susah. Satu kejayaan juga dapat bila dapat bina perniagaan sendiri walaupun sekolah tak tinggi.
27 haribulan Februari 2015, pada pukul 8 malam selepas hantar pekerja, ketika dalam perjalanan ada seorang pakcik meminta tolong untuk tukar tayar keretanya yang sudah bocor. Saya turun dan niat nak tolong dia. Saya bagi tayar gantian kereta saya untuk dia, lagipun pada masa itu saya nak balik cepat sebab kena bawa anak pergi ke klinik. Dia meragam dan demam panas.
Semasa nak ambil tayar gantian di bonet kereta, masa inilah tanpa saya sedar, saya telah dilanggar sebuah lori 3 tan yang menyebabkan kaki kiri hancur dan kereta total lost (tak sempat bayar bulan, sampai sekarang belum mampu bayar). Kereta hancur.
Bermula detik itulah segala yang dibina, semuanya 'hilang'. Allah uji kami, kita hanya dapat merancang tapi segalanya dalam ketentuan Allah.
Kesan kena langgar ini juga saya masih alami "Amnesia" (bahasa doktor). Isteri dan anak sulung Nur Imanie Insyirah, saya boleh jadi ingat atau tak ingat. Bahagian kepala saya kena langgar dengan kuat sehingga cermin lori yang pecah itu terkena di kepala saya.
Lebih 12 jam dalam bilik bedah, hilang darah banyak, kritikal hilang darah. Keadaan baru lepas pembedahan juga, memang tak dapat nak bangun, emosi tak stabil lagi. Berat kaki kiri yang dipotong nak angkat. Baring sajalah. Pakai pampers dan kalau bernajis, isteri yang cucikan. Suap makanan dan minuman, isteri kena buat. Lapkan badan saya dengan air. Anak pula masih kecil.
Dalam satu hari banyak kerja yang isteri kena buat. “Besar juga pengorbanan dia untuk saya". Semoga isteriku peroleh ganjaran pahala dan saham akhirat untuknya di akhirat nanti. Aamiin Allahuma Aamiin.
Waktu itu, rasa sakit itu terasa sangat. Gangguan emosi itu memang ada. Isteri kena tolak saya guna kerusi roda, kalau nak bawa saya tengok suasana luar agar tidak rasa 'terkurung'. Bila pergi ke hospital untuk check up, dia kena tolak saya guna kerusi roda. Anak pula saya kena pegang. Pergi ke hospital kena naik kereta tambang, sebab tak ada bas.
Masa dah tak ada kereta tu, yang paling buat kami menitis air mata, anak saya bila terdengar bunyi kereta, cepat-cepat dia bergerak seperti itik tengok ke luar rumah. Dia ingat ada orang nak bawa dia jalan-jalan, tapi tak ada. Sebab sebelum kemalangan, dia selalu ikut saya hantar 'pekerja' saya ke tempat bangunan/rumah yang kena buat wiring.
Hampir bertahun juga isteri tolak saya guna kerusi roda ke hospital, sebab saya perlu menjalani tiga kali pembedahan potong tulang kaki kiri, dari ada kaki kiri tinggal sampai lutut, bedah lagi, tinggal atas lutut dan bedah lagi. Betul-betul tinggal sikit lagi kaki kiri. 'infection', kata doktor.
Masa itulah umpama "hari hujan dan gelap". Kami kena gagahkan juga semata-mata nak tengok anak membesar dengan baik. Terdetik isteri nak buat rempeyek. Dia ada kemahiran masak dan dari situlah permulaan jualan kami buat untuk penuhi keperluan (susu dan pampers dia) anak kena utamakan.
Sekarang anak saya Nur Annisa Insyirah lagi kena jalani rawatan susulan selepas dia menjalani pembedahan tempoh hari. Doakan kami. Sedikit kisah saya, benar-benar yang kami lalui. Ada lagi panjang, nanti sambung lagi. Harap-harap ada yang sudi beli dan sebarkan jualan saya.
- Ikan terubok masin RM8 seekor
- Popia serunding udang RM18
- Popia nestum RM16
- Peria Crispy RM7
Maybank
511186341438
Mohd Sabrie Bin Mohamad Brahim
Semoga Allah merahmati kalian. Aaaminn..
Boleh WhatsApp kalau berminat - http://www.wasap.my/60128087457
Sumber: Mohd Sabrie Brahim
from The Reporter https://ift.tt/2LjB2dA
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment