Video yang dimuat naik SG Smart Savers semalam menunjukkan, lelaki itu memukul haiwan itu dengan helmet. Anjing itu segera bersembunyi di bawah sinki bilik air.
Sebaik saja suspek membuka pintu, haiwan kecil itu segera melarikan diri bersembunyi di sebelah sofa.
Tidak puas mendera binatang berkenaan, suspek mengambil pemetik api dan membakar bulu di bahagian dadanya.
Video itu dimuat naik di laman Facebook suspek dengan kapsyen, "Jangan buat aku marah bila aku tak ada duit, anjing pun aku takkan bagi chance," tulisnya.
Netizen mengecam tindakan zalim suspek dan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap lelaki itu.
Menyedari dirinya dikecam teruk di media sosial, suspek kemudian meminta mereka yang prihatin itu datang ke Bangkok untuk mengambil anjing itu dan dia ada banyak lagi anjing yang lain.
Sementara itu, SPCA Singapura telah membuat laporan polis. Siasatan mendapati, anjing malang itu tidak berada di negara Singapura, dipercayai berada di Bangkok, Thailand.
Sumber: Asia One
from The Reporter https://ift.tt/2C8vDRk
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment