Home » , » 'Biarlah itu company kecik, nanti dia sendiri mati maa..' - Pernah dihina & ditertawakan, COO Farm Fresh cerita jatuh bangun perniagaan

'Biarlah itu company kecik, nanti dia sendiri mati maa..' - Pernah dihina & ditertawakan, COO Farm Fresh cerita jatuh bangun perniagaan

shamsulazlan | 18:37 | 0 comments

Sebelum ini, nama COO Farm Fresh menjadi tular setelah satu fitnah mengenai pengasas produk ini disebarkan. Tidak menjadikan fitnah itu sebagai satu kelemahan, Encik Azmi Zainal atau dikenali sebagai ‘bos susu’, terus mengorak langkah apabila menaja satu program yang kini menjadi trending penonton di Malaysia. Rata-rata netizen turut memuji kerendahan hati Encik Azmi Zainal berbanding penaja sebelumnya.

Di dalam program Gegar Vaganza terdapat juga selingan segmen kongsi rezeki yang mmembantu artis-artis yang memerlukan. Di sebalik segmen itu, Encik Azmi mengenang kembali ketika dia melalui saat kesukaran untuk mencapai kejayaan sehingga ke tahap sekarang. 

KENAPA GV Farm Fresh ada segmen kongsi rezeki? Bagus ya Farm Fresh dan Astro ni bantu artis-artis yang memerlukan. Banyak sekali komen-komen positif yang dilontarkan oleh netizen di social media. Terima kasih brader ucapkan pada mereka yang menyokong kami.

Ramai mengenali kami dengan jenama kami Farm Fresh, jenama nombor 1 susu segar di Malaysia. Jualan ratusan juta setahun. Ada beribu ekar ladang di Malaysian dan Australia, punya kilang tercantik, tercanggih dan terakhir ini menaja Gegar Vaganza dengan jutaan ringgit dan bagi sumbangan RM10,000 pada artis yang kurang bernasib baik.

Mungkin tidak ramai penonton GV yang tau kisah brader dan Loi memulakan bisnes kecil kami sehingga mencapai ke tahap ini. Kami bermula dengan 60 ekor lembu dan membeli susu dari penternak. Kami hantar susu-susu tu naik bas ekspress kerana tiada lori yang nak heran pun setakat nak hantarkan susu 10-20 kotak ke Kuala Lumpur. Brader tunggu bas ekspress di Petronas Sungai Besi. Kami  jual di kedai-kedai kecil dahulu sebelum masuk ke supermarket.

Bila petang, brader akan jual sendiri di pasar malam dan pasar tani. Kami rasa perit dan susah. Bukan hanya air mata sahaja yang mengalir, maruah juga diinjak-injak. Kami tidak pernah kenal erti tewas. Ramai yang mentertawakan kami, malah kompetitor kami kata pada buyer supermaket.

“Biarlah itu company kecik, kita tak payah usik, nanti dia sendiri mati maaaa...”

Kami simpan kata-kata itu sebagai semangat dan dengan dendam kesumat.

Bila nak cari promoter pula, ramai promoter-promoter yang ketawakan brader. ”Betul ke kau boleh bayar gaji ni, kau pun pakai selipar je.”  

Kami telan semua itu. Kami terus berusaha dan berdoa. Kami tahu bagaimana perasaannya menjadi orang susah yang memerlukan. Atas dasar keinsafan dan sedar asal usul kami, kami tidak pernah lupa dan sentiasa ingat hari-hari kami bermula dulu sebab tu lah kami buat GV Farm Fresh CSR ini.

Sekarang ni di tangga eskalator pun orang ajak selfie. Kita jumpa setiap malam Ahad di  Astro Ria 104 jam 9 malam.



Kancil merah ni lah jentera pengangkut susu dari satu pasar malam ke pasar tani... kancil merah ni lah juga yg brader bawa utk meeting2 ngan manager2 supermarket... ia ibarat ferrari merah












Sumber: Azmi Zainal


from The Reporter https://ift.tt/35wOimG
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger