Home » , » 'Patutlah beriya sangat nak censor Netflix, ada side project rupanya dia ni' - Netizen

'Patutlah beriya sangat nak censor Netflix, ada side project rupanya dia ni' - Netizen

shamsulazlan | 06:03 | 0 comments

Ketika ini tular mengenai isu yang disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri mengenai kandungan filem dan program melalui platform digital, Neflix perlu ditapis. Kenyataan ini telah mengundang pelbagai kritikan netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh Ahmad Idham itu.

Pelbagai pihak termasuk selebriti tampil memberikan maklum balas mengenai isu tersebut. Caprice antara selebriti yang berani menyuarakan pandangan ini. Mereka menganggap Neflix tidak perlu ditapis kerana aplikasi tersebut boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna.

Namun begitu, isu ini semakin panas apabila ada yang mengatakan ada agenda yang tersembunyi di sebalik isu ini. Tular satu gambar Ahmad Idham bersalaman dengan wakil dari pihak Aflix. 

Aflix merupakan saluran baru digital yang memberi kandungan beretika kepada pengguna. Dalam pada masa yang sama, Aflix dikatakan mahu menjadi penstriman pertama dunia yang menghasilkan kandungan hiburan beretika.

Berdasarkan gambar tersebut netizen telah membuat andaian bahawa itu antara sebab mengapa beliau memberikan cadangan Neflix ditapis. Tidak kurang juga, ada yang mengutuk lakonan serta filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham.

“Rupanya lakonan filem dia is just as bad as his lakonan real life. Beriye nak sekat Neflix padahal.. Boleh tak  for once, just focus on what you want to do, instead of bringing down the competitor in trying to achieve success. 



“Hangpa tau dak content yang hangpa nak create kat Aflix whatever tu bukannya sama dengan content Neflix pun. In fact, it’s completely different market.

“All that aside, I don’t think government or rather MCMC can regulate something like Neflix pun. Neflix is not owned by Malaysian company. You can regulate content on local TV because TV channels are local. Censorship doesn’t work that way,”  kata Nadia Nazir.

Poster filem yang bertajuk Minah Moto arahan Ahmad Idham juga tersebar di media sosial. Netizen turut mempersoalkan filem yang ditayangkan pada tahun 2017 itu benar-benar beretika atau tidak. 

Twitter Ahmad Idham juga telah diserang netizen dengan memuatnaik poster filem tersebut. Ada netizen turut berkongsikan beberapa komen di aplikasi Google Play mengenai saluran tersebut. Rata-rata mereka memberikan komen yang negatif. 




Sumber: Nadia Nazir


from The Reporter https://ift.tt/2CUc6EY
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger