Susulan kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai, Perdana Menteri Tun Dri Mahathir Mohamad memberi bayangan berkemungkinan akan berlaku rombakan kabinet.
Bagaimanapun Pengerusi PH itu yang juga Pengerusi Bersatu itu berkata, keputusan untuk membuat rombakan itu tidak akan dilakukan dalam tempoh terdekat ini.
"Selepas kita mengkaji pencapaian dan kebolehan menteri-menteri yang ada sekarang ini dan selepas itu barulah kita bincang tentang kemungkinan mengadakan rombakan kabinet ini," katanya memetik laporan dari Harian Metro.
Semalam, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, Mahathir perlu berani membuat rombakan kabinet sekiranya mahu mendapatkan semula sokongan rakyat, berbanding melakukan post-mortem bagi mengenal pasti punca sebenar PH tewas di Parlimen Tanjung Piai.
Tambah Rais, selain rakyat marah kerana kerajaan masih belum menunaikan semua janji PRU14, segelintir menteri dan pemimpin yang terlajak cakap juga turut memburukkan keadaan.
Sumber: Harian Metro, Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/2Ot3c6C
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment