Niat seorang wanita warga emas berusia 82 tahun untuk tidur awal terbantut apabila pintu rumahnya diketuk oleh seorang lelaki muda yang meminta bantuan darinya.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11 malam, Khamis, 21 November 2019, suspek meminta pertolongan dari Willie Murphy kononnya dia mengalami masalah kesihatan.
"Tolong saya call ambulans, saya tak sihat," kata suspek.
Berasa ada sesuatu yang tidak kena, Murphy enggan membenarkannya masuk dan terus menghubungi polis untuk meminta bantuan. Tindakan Murphy itu membuatkan suspek bengang lalu menendang pintu rumah sehingga pecah dan masuk ke dalam.
"Saya terdengar bunyi yang kuat, terus terlintas di kepala saya, apa benda tu? Kemudian saya ternampak seorang lelaki muda berada di dalam rumah dan dialah yang memecahkan pintu tadi," katanya.
Suspek tidak menyedari Murphy seorang ahli bina badan yang kerap bersenam hampir setiap hari di gym.
"Masa tu gelap tetapi saya dapat bersembunyi, manakala lelaki itu berjalan di dalam rumah. Saya terus mengambil meja yang berdekat untuk memukul suspek sehingga meja itu pecah.
"Apabila suspek dah terjatuh, saya terus melompat ke atasnya dan menuang syampu ke muka suspek. sebelum membelasahnya menggunakan penyapu.
Tidak beberapa lama kemudian, polis tiba di tempat kejadian. Suspek dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Polis yang datang ke tempat kejadian memuji tindakan berani Murphy dan turut merakam gambar selfie bersama.
"Dia salah pilih rumah nak pecah masuk," kata Murphy.
Sumber: WHAM
from The Reporter https://ift.tt/34tQgnF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment