Home » , » 'Mangsa disamun, tiada kaitan dengan perlawanan Malaysia vs Indonesia' - PDRM

'Mangsa disamun, tiada kaitan dengan perlawanan Malaysia vs Indonesia' - PDRM

shamsulazlan | 20:12 | 0 comments

Semalam, Yovan melalui Instagram mendakwa dirinya adalah mangsa pukul sekumpulan penyokong bola sepak Malaysia dalam kejadian di Bukit Bintang. Malah Yovan menyelar kenyataan Menteri Belia dan Sukan yang mendakwa video itu adalah palsu dan tiada kena mengena dengan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia 19 November lalu. 

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan kejadian yang menimpa Yovan itu tidak mempunyai kaitan dengan dakwaan tersebut yang dilihat sengaja mengeruhkan hubungan antara dua negara. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan dari Yovan atau nama sebenar Fuad Naji pada jam 8.08 pagi 19 November lalu.

Dalam laporan itu, Yovan mendakwa dia telah dipukul dan disamun sekumpulan lelaki ketika berada di Bukit Bintang. 

"Kes diklasifikasikan sebagai samun memandangkan siasatan setakat ini mendapati dia kehilangan pasport dan sejumlah wang. 

"Motif kejadian tidak dapat dipastikan sehingga kini dan masih mengesan mangsa kerana pegawai penyiasat tidak dapat merekodkan keterangannya," katanya. 

Mangsa sebelum itu membuat laporan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur dan terus menghilangkan diri selepas kejadian tanpa mendapatkan rawatan. 

Usaha mengesannya di hotel penginapan juga tidak berjaya dan polis menggesa mangsa dan rakannya tampil untuk membantu siasatan. 

PDRM juga telah memohon kerjasama dari Kedutaan Indonesia untuk memaklumkan mangsa mengenai perkara itu. 

Dalam pada itu, polis sedang mengesan dan mengenalpasti individu yang merakam dan menyebarkan video tersebut. 


Sementara itu dalam kenyataan Syed Saddiq di Instagram berkata, beliau memohon maaf di atas apa yang berlaku namun menegaskan kejadian yang menimpa Novan itu tidak berlaku di kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebaliknya, ia berlaku di Bukit Bintang pada jam 3.00 pagi di Bukit Bintang, iaitu 20 kilometer dari stadium.

Walaupun begitu, beliau tetap menggesa pihak berkuasa menyiassat dan mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani kes tersebut.

Beberapa laman pro Team Nasional Indonesia dilihat menerima permohonan maaf itu dan berharap keadilan dapat diberikan kepada mangsa.

Pun begitu, tindakan penyokong Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil yang merosakkan kerusi tempoh hari patut diselar kerana jelas sekali mereka tidak menunjukkan adab yang baik apabila berkunjung ke negara ini.

Sumber: Harian Metro, Syed Saddiq

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/33eoFW7
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger