Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menerima sebarang permohonan dari mana-mana pihak untuk membawa pulang abu mayat Chin Peng ke negara ini.
Timbalan Menteri KDN, Datuk Azis Jamman berkata, pihaknya hanya mengetahui perkara itu selepas MalaysiaKini menyiarkan laporan mengenainya hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, KDN bertegas dengan larangan kerajaan sebelum ini yang tidak membenarkan abu mayat bekas komunis itu dibawa masuk ke Malaysia dan akan menyiasast kesahihan dakwaan itu.
"Sehingga kini memang tiada permohonan diterima dan KDN sendiri tidak pernah tahu abu mayat Chin Peng sudah dibawa masuk pada 16 September lalu sebagaimana yang dilaporkan MalaysiaKini.
"KDN hanya mendapat maklumat mengenainya apabila menerima persoalan daripada pelbagai pihak termasuk media hari ini.
"KDN akan menjalan siasatan bagi memastikan sama ada perkara itu betul berlaku agar tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pihak yang membawanya masuk serta yang membenarkan ia dibawa masuk," katanya.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/33gPHME
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment