Dalam keadaan jalan raya gelap dan lampu motosikal pula tidak bernyala, seorang bapa sanggup meredah perjalanan yang jauh demi bersama dua anak kecilnya untuk pulang ke rumah. Mujur ada individu yang ternampak insiden itu tampil memberi bantuan.
Miera dan suaminya ketika itu dalam perjalanan pulang ke Changlun dan terserempak dengan tiga beranak berkenaan. Bimbang melihat keadaan mereka bertiga, lalu mereka mendekati lelaki itu dan bertanya sekiranya dia memerlukan bantuan, tetapi ditolak dengan baik.
Risau dengan keselamatan mereka bertiga, Miera dan suami mengambil keputusan untuk membantu lelaki itu sehingga mereka selamat tiba di rumah.
JUST nak kongsi. Semalam 20 November 2019, on the way balik ke Changlun, dalam keadaan gelap ada sebuah motosikal dengan tak ada lampu depan dan belakang lagi hiba penunggangnya sambil tunggang moto sambil dukung anak.
Kalau perasan, anaknya sedang lena dipangku di bahu ayahnya. Bukan seorang anak yang dibawa tetapi dua. Yang si kakak dalam raga motosikal.
Kasihan anak-anak sebab sejuk. Terdetik dalam hati, nak pergi mana malam-malam ni? Mana si isteri dia?
Suami kata, kita bagi lampu kat dia, follow. Kemudian kami potong dan tanya dia nak pergi ke mana dengan lampu motosikal tak ada, bahaya.
Dia kata dia dari Jitra, nak balik ke rumah. Pastu kami kata, "Mai letak anak dalam kereta", tapi dia tak mau. Mungkin dia tak mahu menyusahkan.
Jalan dari Jitra ke Changlun tau-tau sajalah dengan kereta laju, lori-lori besar dengan kebanyakan jalannya tak berlampu sangat berbahaya. Kami 'bagi lampu' sampailah ke rumah dia.
Bila dah sampai kawasan rumah dia, suami kata, "Esok check motosikal tu, lampu takda, bahaya". Dia kata, tadi ada lampu depan, tetapi mungkin lampu terbakar semasa dalam perjalanan. Dia juga ucap terima kasih kerana bagi lampu.
Dari situ:
- Jika kita merasakan masalah kita besar, ada lagi orang yang ada masalah lebih besar dari kita.
- Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
Ada hikmah Allah bagi kami pengalaman ini. Tanpa sedar, air mata berjurai. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amiin.
Sumber: Miera Rosli
from The Reporter https://ift.tt/2s7VuHA
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment