Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Sydnie Cheng, memuat naik situasi cemas yang dialaminya ketika dia dan anak lelakinya didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai cuba menyamunnya.
Menurut Sydnie, kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak di Muar, Johor, sewaktu suaminya singgah di stesen tersebut untuk menggunakan tandas.
"Saya nampak lelaki itu berjalan menuju ke arah kereta kami di bahagian pemandu dan terus rasa ada tak senang hati. Saya segera menekan butang kunci semua pintu kereta di pintu bahagian pemandu.
"Selepas itu, lelaki terbabit cuba membuka pintu kereta kami!" katanya.
Bimbang dengan keselamatan diri dan anaknya, Sydnie cuba menghubungi suaminya sambil cuba menarik perhatian pejalan kaki berhampiran sehingga dia berjaya meminta bantuan seorang lelaki muda.
"Saya buka tingkap dan beritahu yang saya tidak mengenali lelaki itu yang cuba membuka pintu kereta. Saya minta dia tolong hubungi pihak polis," katanya.
Apabila suami Sydnie kembali ke kereta dan mendapati lelaki itu masih berada di luar keretanya, dia bertanya apa yang lelaki itu cuba lakukan. Dengan selamba, lelaki itu menjawab, "Saya nak hidupkan enjin kereta.".
Lelaki itu segera meninggalkan tempat kejadian selepas ada beberapa orang awam datang menghampiri kereta keluarga berkenaan.
Sydnie percaya, suspek sedang menyasarkan mangsanya di stesen minyak dan jika suaminya tiada di tempat kejadian, pastinya suspek akan pecah masuk ke dalam keretanya.
Justeru, Sydnie mengingatkan orang ramai selalu memastikan pintu kereta dikunci ketika berada di stesen minyak atau di mana-mana sahaja.
Sumber: Sydnie Cheng
from The Reporter https://ift.tt/2XpUVEu
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment