Home » , » Badan anak depan belakang penuh tompok ruam!' - Gara-gara termakan ubat demam lama, anak alami alergi satu badan

Badan anak depan belakang penuh tompok ruam!' - Gara-gara termakan ubat demam lama, anak alami alergi satu badan

shamsulazlan | 04:38 | 0 comments

Bila anak-anak demam, ibu dan ayah sudah pastinya risau dengan tahap kesihatan anak-anak mereka tambahan pula sekiranya mereka masih lagi kecil. Jika suhu semakin tinggi, ubat demam sahaja yang dapat menurukan suhu dengan lebih cepat selain mengelap tubuh dan menggunakan cool fever. Tetapi, ibu bapa juga harus peka dengan ubat yang diberikan kepada anak-anak supaya tidak memberikan kesan lain pula pada kesihatannya.

Seperti perkongsian ini, wanita ini mendapati badan anaknya penuh dengan tompok ruam, kulit kering dan bersisik. Setelah dibawa berjumpa dengan doktor, doktor mengatakan itu adalah kesan daripada termakan ubat demam yang lama.

BAHAYA simpan ubat demam. Ada sekali waktu tengah malam, anak sulung Kak Ekin tetiba demam panas sampai 40’c. Apa lagi cepat-cepat keluarkan botol paracetemol dan suap pada anak. Suhu turun sikit tapi badan masih panas. Kak Ekin pun lap-lap badan anak bantu turunkan suhu. Alhamdulillah, demam makin kebah.

Tapi pagi esoknya Kak Ekin perasan, badan anak depan belakang penuh dengan tompok ruam. Kulit kering bersisik. Anak mula nampak menggaru tak senang dan demam balik. Kak Ekin sangka anak kena campak keladi. Tak fikir panjang terus bawa ke doktor takut sakit makin melarat. Sampai sana doktor bagitahu, simptom ni biasa kena kalau termakan ubat demam yang dah lama.



Baru Kak Ekin tahu, rupanya tak boleh kita simpan semula ubat demam yang dibuka. Kena habiskan dalam masa sebulan. Apa lagi, balik rumah terus buang semua ubat-ubatan yang ada dalam peti ais. Nasib baiklah anak cuma naik alergi. Tak ada apa yang mudarat.

Dalam seminggu jugalah ruam alergi tu nak hilang. Itu pun sebab dah sapu dengan minyak terapi. Anak tak ada nak bergaru sangat bila pakaikan minyak tu. Tidur pun lena. 


Jadi ibu ayah yang suka simpan ubat demam dalam peti ais, tolong buang sekarang kalau tak nak mengundang penyakit. Melainkan penutup ubat tu belum pernah dibuka sebab bila penutup dah dibuka tu, udara luar yang mengandungi bakteria, wap air dan fungi akan masuk ke dalam botol. Dan menyebabkan bakteria merebak dan merosakkan bahan aktif di dalam ubat.

Lagi bagus simpan ubat yang belum dibuka ditempat yang kering dan jauhkan dari sinaran matahari. Supaya kandungan ubat tak terjejas. Jadi ibu ayah semua beringatlah. Elak sebelum kena. Mak dah Insaf!

Update: 

Tarikh luput bergantung pada cara penyimpanan. Ada pharmacist beritahu dua bulan. Ada yang tiga bulan. Ada juga doktor yang suruh buang terus lepas demam baik. Macam anak Kak Ekin suka buka peti ais tak tutup balik. So lagilah selalu botol tu berwap sebab simpan bahagian pintu peti ais. Jadi Kak Ekin nak selamat, buang lepas satu bulan tempoh buka.

Apa pun, better ibu ayah rujuk pada doktor untuk dapatkan kepastian. Kadang simptom lebih kurang tapi sakitnya tak sama. Kak Ekin cuma sampaikan apa yang doktor terangkan pada Kak Ekin ikut keadaan anak masa tu.

Sumber: Kak Ekin


from The Reporter https://ift.tt/2rR6SHx
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger