Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes kemalangan jalan raya yang membabitkan seorang kakitangan CIMB. Pegawai bank yang baru menyambut hari lahirnya yang ke-28 Selasa lalu, maut selepas kereta dipandunya dilanggar oleh sebuah kereta lain hingga menyebabkan arwah tersepit dan parah di kepala. Pemandu yang melanggar mangsa dikatakan memandu dalam keadaan mabuk.
Kes kemalangan ini mendapat pelbagai reaksi netizen dan seorang pengguna Twitter turut berkongsikan kisah sedihnya dengan kehilangan ibu dan ayahnya. Ibu dan ayahnya juga menjadi mangsa kemalangan yang berpunca dari pemandu lori yang mabuk.
MALAYSIA bila lagi, dari tahun 2000 aku anak yatim piatu sebab driver lori mabuk langgar kereta ayah dan mak aku. 2019 still ada lagi driver mabuk yang bawak kenderaan bahayakan orang, masa tu umur aku 2 tahun, sekarang dah 21. Dibesarkan tanpa mak ayah, siapa tahu sakitnya?
Not expected this much but, aku doakan korang yang baca ni, dikurniakan rezeki yang luas, dipanjangkan umur. And aku ada nasihat sikit. Di luar sana, yang masih ada mak ayah, jaga lah diorang elok-elok, yang tengah gaduh tu, minta maaf la cepat-cepat, kalau ada mak ayah yang sakit, berebut lah jaga dia dikalangan adik beradik. Takut suatu saat nanti kau akan menyesal sebab dunia ni sekejap je.
Bila semua dah berlalu, semua dah pergi baru korang tahu apa makna kasih sayang sebuah keluarga. Aku rasa nak cerita la pengalaman aku, korang nak dengar tak ek? Sebab aku takda tempat nak cerita.
By the way, semalam 16/11 adalah tarikh berlaku kemalangan tersebut, tahun 2000. Masa tu aku ada bersama keluarga dalam kereta, ayah ibu atuk nenek, ayah driver, mak belakang ayah. Atuk sebelah driver dan nenek sebelah ibu. Ibu tengah mengandung (adik aku). Aku dalam pangkuan nenek.
And the accident happen, cerita ni berdasarkan nenek aku yang cerita bila aku dah besar. Kereta separuh hancur, ayah 'pergi' di tempat kejadian. Mak 'pergi' masa dalam perjalanan ke hospital. Atuk dan nenek patah tulang (kaki, tangan dan lain-lainl). Aku tersepit kat bawah kerusi kereta sebelah driver.
Aku dibesarkan dengan nenek sampai umur awal 18 tahun (2016), iaitu tarikh nenek 'pergi.’ Selama aku duduk dengan nenek aku, setiap kali dia nasihatkan aku, "kalau nenek dah takde nanti....." aku terus bangun dri duduk, aku tak bagi dia habiskan ayat tu. Sebab aku tak nak dia pergi.
Bila dia sakit, aku masih buat pe'el yang tak berapa elok, but still tak cross the line. And guess what, dia pergi masa aku tertidur kat rumah. Masa tu tengah hari, baru balik jaga dia kat hospital. Punya menggelabah aku bawak motor.
Bila dia sakit, aku masih buat pe'el yang tak berapa elok, but still tak cross the line. And guess what, dia pergi masa aku tertidur kat rumah. Masa tu tengah hari, baru balik jaga dia kat hospital. Punya menggelabah aku bawak motor.
Mata jangan cakap, air dah melimpah je. Yerla, sebab masa ayah dan mak aku pergi, aku masih kecil, aku tak dapat rasa sedihnya. Bila nenek aku pergi, depan mata, rasa dia terus, fuhh, sekali gus rasa sedih tu. And sekarang aku tinggal kat rumah yang aku dibesarkan (rumah nenek).
Sepanjang aku tinggal sorang, dalam umur yang baru nak cari kerja, fikir nak sambung belajar. Aku tak rasa nak sambung sebab nanti akan lagi sedih sebab konvo sorang-sorang. Aku pernah konvo right after 6 bulan nenek aku pergi and makcik aku yang datang. Dia punya rasa memang lain.
Bila tengok orang lain senyum, gembira, family ramai datang, adik beradik bawak bunga, selfie and stuff. Perasan yang kau akan tahu bila kau lalui je. Kau tak lalui kau takkan tau. So,lagi sekali aku nak ingatkan sayang mak ayah korang. Dia dekat ke jauh, bila jumpa tu peluk kuat-kuat.
So, korang yang masih ada mak ayah, sayang diorang, aku rasa dah ulang 3 kali ni. Tapi ia reality, lagi-lagi zaman sekarang, mak tak bagi gadjet, toxic la. Aku tak boleh brain, tak boleh ke hidup sederhana, bersyukur la sikit masih ada mak ayah, susah sangat ke. Duit boleh cari, kasih sayang?
Kalau kasih sayang boleh beli, aku keluarkan semua duit aku untuk beli, tapi tak, kasih sayang sebuah keluarga lahir dari hati seorang ibu dan ayah. Jadi, korang sebagai anak ni, appriciate kasih sayang diorang. Tu je aku minta, bila semua dah takde, baru kau tau apa yang aku maksudkan.
So, dari cerita aku ni, aku harap korang dapat serba sedikit pengajaran, hargai mereka selagi mereka disisi, yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan untuk kau perbaiki jadi lebih baik. Ingat! Jangan sesekali buat benda yang boleh mendekatkan kepada derhaka.
Jadi, jom kita sama sama ambil masa 1 minit untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kita yang masih hidup mahupun yang meninggal dunia. Al- Fatihah.
Sumber: Twitter
from The Reporter https://ift.tt/2qH92cD
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment