Home » , » Sebanyak 640,000 pekerjaan sedia ditawarkan tetapi ramai yang tidak berminat bekerja - Kula

Sebanyak 640,000 pekerjaan sedia ditawarkan tetapi ramai yang tidak berminat bekerja - Kula

shamsulazlan | 23:19 | 0 comments

Sebanyak 640,000 pekerjaan sedia ditawarkan di seluruh negara di mana lebih 150,000 pekerjaan diwujudkan tahun ini. 

Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran berkata, peluang pekerjaan itu bukan sahaja meliputi sektor 3D (sukar, kotor & bahaya), malah merangkumi pengurusan, profesional serta juruteknik dan profesional bersekutu. 

Beliau menjawab soalan tambahan dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN - Bera) di Dewan Rakyat yang bertanya sama ada kerajaan mampu menunaikan janji manifesto iaitu mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun pentadbiran. 

Kula Segaran komited janji itu dapat ditunaikan, namun yang masih menjadi masalah besar pada hari ini ialah, masih tidak ramai yang berminat untuk bekerja di sektor-sektor tersebut. 

Terdahulu dalam soalan asal, Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH - Jeli) bertanya mengenai jumlah kes pembuangan kerja. 

Kula Segaran berkata, bilangan pekerja sektor swasta diberhentikan pada tahun 2018 adalah seramai 23,168 orang yang melibatkan 17,235 (74.4 peratus) pemberhentian biasa dan 5,932 (25.6 peratus) pemberhentian sukarela (VSS). 

"Manakala sehingga 30 September 2019, seramai 24,600 orang pekerja terlibat. Daripada jumlah itu, seramai 21,625 bersamaan 87.9 peratus pekerja, terlibat dengan pemberhentian biasa. Manakala seramai 2,975 bersamaan 12.1 peratus orang pekerja pula terlibat dengan VSS," katanya. 

Sumber: Astro Awani


from The Reporter https://ift.tt/32aBTmb
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger