Seorang pengurus restoran di Jakarta Utara cedera parah akibat ditusuk dengan pisau oleh pekerjanya dalam kejadian yang berlaku pada malam Ahad lalu.
Kejadian itu berlaku apabila mangsa, Asela Rumapea, 36, bertengkar dengan suspek, Yogi Dawamul Hidayat, 22, kira-kira jam 3.30 petang kerana mangsa mengadu kepada pihak atasan yang dia pernah dipukul oleh suspek.
Difahamkan, suspek akan dipecat sekiranya perbuatannya itu dilaporkan kepada pihak atas. Oleh kerana pertengkaran itu tidak menemui jalan penyelesaian, mangsa keluar meninggalkan suspek di premis.
Apabila mangsa kembali semula ke premis dan kedua-dua mereka bertengkar sekali lagi.
Suspek yang tidak dapat menahan kemarahan terus mengambil pisau kecil di dapur lalu menusuk leher mangsa.
Akibatnya, mangsa mengambil luka dan pendarahan teruk di leher. Mangsa berlari meminta bantuan dari orang awam yang berada di sekitar tempat kejadian.
Orang awam juga sempat merakam kejadian itu dan kini tersebar meluas di media sosial.
Suspek telah ditahan polis di akan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.
"Siasatan awal mendapati, suspek mengakui perbuatannya itu. Suspek masih berada di balai dan mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan," kata sumber polis.
Kejadian di Pluit Village. Infonya pekerja berantem. Pekerja supervisor cowo nusuk managernya yg cewe. Serem yah jaman sekarang. pic.twitter.com/PnDsA37G1e— Kuper Aku Tuh (@AkuKuper) August 25, 2019
Sumber: Kompas
from The Reporter https://ift.tt/324DeeJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment