Okay guys. I wanted to share something. Kes hari ini.
DISCLAIMER: I will never expose the identity of the parties. Cuma jalan cerita kes sahaja untuk beri pengajaran kepada smua. Happy reading dan jangan lupa sentiasa anggap cerita ini sebagai satu pengajaran bagi anda yang sudah berumah tangga nanti.
ALKISAHNYA, jam menunjukkan jam 3 petang. Ada satu kes, peguam minta kemasukan segera. Jadi, Kak Ina (pembantu hakim) minta kami bawakan kes petang. Jadi kami pun masuk dalam tunggu Hakim dalam bilik mahkamah.
Nampaklah seorang lelaki dan perempuan serta ayah perempuan itu (kalau tak silap). Wajah si perempuan ini segak sangat. Wajah putih gebu, hidung mancung. Muka memang lembut, muka macam tengah menahan sedih.
Selepas seketika kemudian, Hakim masuk. Dikatakan si plaintif (suami) failkan kes pengesahan lafaz cerai dan si isteri (defendan) tak tahu langsung mengenai lafaz tersebut.
Tiba-tiba peguam defendan memberitahu kawan-kawan intern kami suruh masuk dalam (tak bagi mereka ikut bicara). Kami Alhamdulillah boleh sebab kami yang bawa kes. Katanya "takut si suami segan nak beritahu hal sebenar kepada hakim".
Jadi bermulalah pengakuan si suami di depan hakim mengenai lafaz cerai dia terhadap isterinya.
"Bie lepaskan dia dengan talak 3," kata si suami kepada kekasih/skandal dia.
Hakim pun bertanya, "Awak cakap 'Bie' itu merujuk kepada siapa?"
Plaintif: "Merujuk kepada saya. Saya cakap ayat itu kepada kekasih saya".
Hakim: "'Dia' tu siapa?"
Plaintif: "Dia tu saya maksudkan isteri saya."
Soalan Mahkamah (SM): "Kenapa awak cakap macam tu pada dia?"
Plaintif: "Saya terpaksa. Kekasih saya nak sebarkan mesej berbaur l***h saya dengan dia kepada family dan isteri saya. Saya dipaksa."
(Sebenarnya ayat dia complicated tetapi aku ringkaskan saja)
SM: "Dia ada ugut awak guna pisau ke apa ke?"
Plaintif: "Tiada."
Semasa si suami melafazkan ayat itu, isteri dia tidak tahu apa-apa. Bila dia cakap depan hakim, nampak riak wajah isteri dia sedih, tangannya terketar-ketar ketika mengelap air mata. Allahu, boleh faham betapa sakitnya perasaan dia pada masa itu.
Lelaki itu pula berulang kali mempertahankan diri yang dia tidak berniat. Tetapi siapa yang tahu, kecewanya hati isteri bila suami tergamak lafaz macam itu demi menjaga perempuan simpanannya?
Mahkamah berhenti seketika.
Keputusan?
- Jatuh talak tiga ke atas isteri (kerana undang-undang keluarga Islam Kedah, jika sebut talak 3 maka jatuhlah talak 3)
- Talak yang diberi suami adalah sorikh (jelas) di mana niat suami is irrelevant dan tidak diambil kira. (Suami guna perkataan 'talak').
- Talak adalah antara tiga perkara yang kalau bergurau atau serius, hukumnya tetap jatuh. (Tiga perkara tersebut adalah nikah, talak dan rujuk)
Selepas keputusan diberi, boleh nampak si suami muka merah seperti mahu menangis. Tetapi apa boleh buat, hukum Allah. Sebab itulah kita di atas dunia ini berfikirlah sebelum nak melakukan apa-apa. Jangan hidup ikut nafsu. Tak habis nafsu itu.
Manusia (tak semua) kadang-kadang lupa bersyukur. Allah hadirkan seorang isteri baik, segak, pakai tutup aurat semua, tetapi tak bersyukur. Lebih minat yang tak halal.
Sungguh, aku biasa dengar orang kata "Lelaki bila tak jaga pandangan, bila bertunang, dia akan nampak perempuan lain lagi lawa.
"Bila berkahwin, perempuan-perempuan yang bukan isteri dia lagi lawa. Bahkan jika dia berkahwin dan tak wujud lagi perempuan lain atas bumi ini, dia pasti akan nampak haiwan pun lagi lawa dari bini dia."
Ingat ye kawan-kawan yang mana bakal berumah tangga atau yang sudah berpunya. Kalau rasa dah tak suka, tak berminat dengan pasangan, tolonglah jangan curang. Lepaskanlah dia dengan cara baik. Si dia mesti deserve someone better. Mungkin bukan better dari awak-awak, tetapi better untuk diri dia, yang appreciate diri dia.
And for the lovely sister yang dalam mahkamah tadi, I do wish you a happy ending. Semoga Allah pulihkan hati awak. Tadi ramai ahli keluarga awak datang tengok, semoga awak kuat. Hati awak berkecai, hanya Allah dan awak tahu sakitnya macam mana.
Last but not least, saya harap awak nampak hikmahnya kes awak. Allah nak lepaskan awak dari lelaki seperti itu. Sebab itu Dia gerakkan hati bekas suami awak lafaz cerai talak tiga. You deserve better.
You don't deserve a trash. Itu saja. Semoga akak nampak hikmahNya melalui ujian akak ini.
By the way, jatuh talak tiga, tak boleh rujuk semula. May Allah ease your way akak. Sebab akak muda lagi. Saya rasa belum sampai umur 30. Sekian.
Semoga korang yang baca dapat pengajaran. Hargailah orang sekeliling anda. Kalau tak suka, lepaskanlah secara baik.
Sumber: Ayuni, Emylia Shazleen
from The Reporter https://ift.tt/2UaeO0E
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment