Thanapat, 69, pesara tentera laut Thailand, baru-baru ini menghadiri reunion sekolah bersama dengan rakan sekelas, Suthud, yang selalu membulinya semasa di sekolah.
Menurut laporan China Press, mereka pernah menjadi rakan sekelas pada tahun 1966 tetapi masing-masing sudah lama tidak berhubung kira-kira 50 tahun. Mereka berkumpul di sebuah kedai dan berbual sambil minum.
Difahamkan, Suthud pernah membuli Thanapat dengan menyuruh rakan-rakan yang lain menanamnya hidup-hidup. Thanapat nyaris mati, tetapi berjaya melepaskan diri dan terus berhenti sekolah kerana trauma dengan kejadian itu.
Ketika reunion itu berlangsung, Thanapat bagaikan tidak percaya yang rakan-rakan sekelasnya dapat menjejak dia selepas beberapa tahun ini dan apa yang lebih teruknya ialah, kesemua yang terlibat dalam kes buli itu berkelakuan biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku di waktu sekolah dulu.
Thanapat tiba-tiba teringat segala memori buruk yang dialaminya di sekolah, lalu dia menutup telinganya dengan tangan kerana tidak mahu mendengar suara mereka, namun tidak berjaya.
Apabila dia sudah tidak dapat bertahan lagi, Thanapat mengeluarkan pistol lalu menembak Suthud tepat di bahagian perut. Mangsa terus terjatuh dan mengalami pendarahan teruk.
Ketika yang lain melarikan diri dari tempat kejadian, ada beberapa individu bergegas membantu Suthud dan membawanya ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, Thanapat dengan tenang mencucuh api rokok dan duduk di sebuah kedai seorang diri.
Polis tiba di tempat kejadian dan terus merampas pistol di tangan Thanapat. Thanapat berkata, dia dibenarkan untuk menyimpan beberapa jenis senjata api selepas dia bersara.
Thanapat tidak menyesal dengan apa yang dia telah lakukan, perasaanya pada ketika itu seperti mengguburkan Suthud secara hidup-hidup.
Sumber: China Press, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2MGWOtZ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment