Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman gantung kepada tukang rumah selepas didapati bersalah di atas pertuduhan membunuh abang kepada kekasihnya, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Hafiz Mohamad, 32, didakwa membunuh Muhammad Shukri Husin, 37, di parkir Pejabat Agama Kompleks Seri Iman, pada jam 11.39 pagi, 16 Oktober 2016.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian 16 Oktober 2016, mangsa bersama suspek dan beberapa ahli keluarga datang ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk mengesahkan status perkahwinan bakal adik ipar iaitu Mohd Hafiz Mohamad yang mendakwa sudah bercerai. Namun, pemeriksaan mendapati suspek masih mempunyai isteri.
Suspek kemudian menyerang mangsa menggunakan pisau sebelum melarikan diri, meninggalkan mangsa yang cedera di tempat kejadian.
Mangsa meninggal dunia akibat ditikam enam kali termasuk di bahagian leher dan dada.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/30FpHtU
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment