Dua motosikal terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 malam Isnin berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, kemalangan itu menyebabkan tiga mangsa maut.
"Tiga mangsa disahkan meninggal dunia iaitu penunggang dan pembonceng motosikal serta pemandu lori yang membawa muatan tong gas.
"Laluan ditutup sepenuhnya dan kejadian mengakibatkan kesesakan sejauh lima kilometer," katanya.
Sementara itu di media sosial, netizen berkongsi gambar dua mangsa yang menaiki motosikal terbabit dalam kemalangan itu.
"Kedua-duanya meninggal. Yang Idham ni tayar motosikal dia pecah. Dia berhenti di tepi, minta tolong kawan Apit, datang tolong.
"Tengah tunggu di tepi jalan itu, lori ini hilang kawalan terus remput kedua-duanya, tersepit bawah lori.
"Yang Idham ni nak hantar awek dia balik Banting," kata sumber.
Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/33WsNMh
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment