Home » , » 'Keluar notis operasi tembak burung gagak, kenapa burung merpati jadi mangsa?' - Netizen

'Keluar notis operasi tembak burung gagak, kenapa burung merpati jadi mangsa?' - Netizen

shamsulazlan | 20:02 | 0 comments

6 Ogos lalu, Facebook Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mengeluarkan notis makluman bahawa Jabatan Kesihatan Awam MPPG akan menjalankan operasi menembak burung gagak di beberapa kawasan pentadbirannya bersama NGO RELA pada 17 Ogos 2019 Sabtu. 

Di ruangan komen, netizen menyambut baik usaha MPPG dan tidak menafikan bahawa kehadiran burung gagak semakin banyak dan tidak terkawal di kawasan kediaman mereka. 


17 Ogos sudah berlalu dan Facebook Kelab Info Malaysia memuat naik hasil tembakan dua individu yan terlibat dalam operasi tersebut. 

Apa yang mengejutkan ialah, burung-burung yang ditembak itu bukanlah burung gagak, tetapi burung merpati. Berbeza dengan makluman yang dinyatakan dalam notis 6 Ogos lalu. 

"Ini operasi menembak gagak atau merpati? Adakah selepas pencemaran gas yang teruk, pihak MPPG tidak dapat membezakan antara gagak dan merpati? Mohon penjelasan pihak MPPG," tulis admin FB Kelab Info Malaysia. 


Sementara itu, netizen tidak menolak kemungkin berlaku kesilapan itu kerana kedua-dua individu terbabit memakai kaca mata hitam sehingga tidak dapat membezakan yang mana merpati dan yang mana gagak. 






Selain itu, ada netizen yang mempersoalkan kesahihan gambar-gambar itu. Berdasarkan carian di enjin pencarian imej, gambar-gambar itu masih baru dan tiada dalam simpanan data imej. 

Semakan di Facebook MPPG juga, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan berhubung gambar-gambar viral tersebut. 



from The Reporter https://ift.tt/2P376GS
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger