Viral di media sosial gambar seorang wanita selamba menghisap rokok selepas menikam perut teman lelakinya kerana cemburu.
Yuka Takaoka, 21, dengan tenang menghubungi rakannya memaklumkan mengenai kejadian itu, sementara mangsa, Pheonix Luna, terbaring tanpa seurat benang dengan perutnya cedera parah.
Difahamkan, pasangan itu baru berpindah ke Shinjuku Ward, Tokyo, untuk bekerja.
Namun, Takaoka bengang dan mengamuk apabila dia menemui gambar dalam telefon bimbit yang menunjukkan teman lelakinya bermesra dengan perempuan lain.
Meskipun cedera parah di bahagian perut, mangsa berjaya diselamatkan oleh doktor.
Ekoran kejadian yang berlaku pada 23 Mei itu, Takaoka sempat melirik senyuman pada kamera media ketika dia ditahan polis.
Luna yang kini telah pulih sepenuhnya berkata, dia tidak berdendam dengan Takaoka kerana merasakan ada hikmah di sebalik kejadian itu.
"Saya juga berterima kasih kepada dia kerana saya berjaya mencapai sasaran jualan kurang dari satu tahun semenjak kes tersebar.
"Selain itu, saya juga dapat bertemu dengan adik beradik saya pertama kali selepas lima tahun tidak berjumpa. Saya sangat gembira dan akan terus berhubung dengan mereka di masa akan datang," katanya.
Sementara itu, Takaoka masih ditahan dan akan berdepan dengan perbicaraan di mahkamah.
"Saya terlalu sayangkan dia, saya tak boleh buat apa. Selepas bunuh dia, saya juga nak mati," kata Takaoka kepada polis menurut laporan media tempatan.
Susulan gambar itu tersebar, Takaoka menjadi sensasi di Internet dengan peminatnya mewujudkan puluhan akaun Instagram sebagai tanda sokongan selain menganggap perbuatannya disebabkan tidak dapat menahan emosi.
Wartawan Kenji Nakano dari Tokyo Reporter menulis, populariti Takaoka itu disebabkan dia disifatkan seperti ‘yandere’ dalam dunia anime. Yandere bermaksud seseorang yang lemah lembut dan penyayang bertukar ganas disebabkan rasa cinta yang membuak.
Sumber: Mirror, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2Hsmiaa
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment