Seorang lelaki Bangladesh ditangkap khalwat dengan pasangannya yang merupakan janda di dalam sebuah rumah di Wakaf Tapai, Marang pada jam 11.04 malam 18 Ogos lalu.
Ketika diserbu pegawai penguatkuasa daerah, pintu rumah itu bertutup dan berkunci lalu diketuk sambil memberi salam,.
Pintu itu kemudian dibuka oleh seorang lelaki dan pemeriksaan mendapati, seorang wanita sedang duduk di atas lantai dan ternyata mereka berdua bukan pasangan suami isteri.
Pasangan itu yang didakwa mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)(Terengganu) 2001 iaitu khalwat, membuat pengakuan bersalah dan dijatuhkan hukuman denda RM2,800 dan tiga bulan penjara oleh Mahkamah Rendah Syariah Marang hari ini.
Namun, mereka tidak dapat membayar denda itu lalu diperintah dipenjarakan selama sembilan bulan.
Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2ZijSFo
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment