Home » , » 'Kritikan ditulis ikut emosi tanpa berfikir panjang, saya insaf' - Individu ugut pisahkan kepala peguam mohon maaf

'Kritikan ditulis ikut emosi tanpa berfikir panjang, saya insaf' - Individu ugut pisahkan kepala peguam mohon maaf

shamsulazlan | 18:12 | 0 comments

"Kritikan itu saya tulis dalam keadaan mengikut emosi dan dengan akal yang singkat tanpa berfikir panjang kesan buruk yang bakal saya hadapi," demikian kenyataan permohonan maaf Zuhir Razak.

Sebelum ini, Zuhir Razak memuat naik kenyataan mahu memisahkan kepala Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan. 

"Kau usir Dr Zakir Naik, aku akan cari kepala kau sampai dapat dan aku akan pisahkan kepala babi kau tu dari badan kau. 

"Ini sumpah aku demi agama Islam dan bangsa Melayu. Kalau berani, cubalah," tulisnya sebelum ini kepada Syahredzan melalui Facebook Messenger. 

Namun ugutan itu akhirnya membawa padah apabila Syahredzan membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh itu. 

Semalam, Syahredzan dimaklumakan oleh polis bahawa Zuhir Razak telah didakwa dimahkamah dan dilepaskan dengan ikat jamin mahkamah. 

"Saya juga telah berhubung dengan individu tersebut dan beliau telah memohon maaf kepada saya atas mesej ugatan yang dihantar kepada saya. Permohonan maafnya telah disiarkan dalam Facebook. 

"Beliau juga telah menjelaskan bahawa mesej tersebut dibuat mengikut emosi dan tidak berfikir panjang. 

"Atas dasar kemanusiaan dan simpati terhadap keluarganya, saya telah bersetuju untuk memaafkan individu tersebut. Saya anggap tiada lagi isu di antara beliau dengan saya secara peribadi," katanya yang juga berharap perkara itu menjadi pengajaran buat semua.

Dalam kenyataan permohonan maaf itu, Zuhir mengaku kenyataan yang dimuat naiknya sebelum ini adalah melampau dan mengaibkan Syahredzan. 

"Di sini saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Tuan Syahredzan Johan di atas kritikan yang melampau dan mengaibkan beliau.

"Saya sedar dan insaf serta berjanji apa yang terjadi ini tidak akan berulang lagi. 

"Kritikan itu saya tulis dalam keadaan mengikut emosi dan dengan akal yang singkat tanpa berfikir panjang kesan buruk yang bakal saya hadapi. Saya sekali lagi memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kerana telah menyedarkan saya," katanya. 


LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2Zjz14Y
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger