Home » , » 'Suami balik dari kerja terjumpa isteri tanpa seurat benang berlumuran darah terbaring di tepi jalan' - Peguam throwback kes bunuh kejam

'Suami balik dari kerja terjumpa isteri tanpa seurat benang berlumuran darah terbaring di tepi jalan' - Peguam throwback kes bunuh kejam

shamsulazlan | 22:02 | 0 comments

Viral di media sosial perkongsian kes bunuh kejam oleh seorang peguam di Twitter yang agak mengerunkan netizen. Baca perkongsian itu di bawah. 

BAYANGKAN suami yang baru balik dari kerja boleh terjumpa isterinya di tepi jalan, terbaring di atas jalan tar 100 meter dari rumah kelamin diorang dalam keadaan tanpa seurat benang sekalipun. 

Yang pasti, tubuh isterinya hanya ditutup dengan selimut saja. Paling sedih, isterinya telah dirogol sebelum lehernya dikelar.

Kejam kan manusia ni? 

Semasa ditemui, mangsa masih hidup dan terus dibawa ke hospital. Mangsa sempat tulis satu 'dying declaration; yang menyebut siapa samun, rogol dan kemudian kelar mangsa sebelum mangsa meninggal dunia. 

Orang yang menyamun, merogol dan kemudian mengelar leher mangsa itu ialah kawan suami dia sendiri. Suami mangsa kenal pelaku ini dah dua tahun. Pelaku dah banyak kali datang ke rumah dan setiap kali datang, pelaku mesti pandang mangsa dengan pandangan 'lain macam'. 

Ketika pelaku ditangkap, polis menemui golok, beg tangan, dompet, kesan darah, kain cadar, sarung bantal dan juga seluar dalam warna merah jambu. 

Yang paling tak boleh diterima sekali, bila RM200 yang dia curi dari dompet mangsa digunakan untuk membeli tujuh botol bir. 



Satu-satunya saksi yang nampak kejadian rogol, rompak dan bunuh itu adalah anak mangsa yang umurnya 5 dan 7 tahun. Bayangkan macam mana anak-anak kecil ini nak teruskan hidup selepas tengok mak yang melahirkan mereka kena macam tu. 

Di rumah mangsa, ada banyak kesan darah. Kesan darah di dinding macam terpercik, macam kesan jari tangan mangsa bangun dan berpaut untuk keluar dari bilik. Banyak luka pertahankan diri yang dijumpai di badan mangsa. 


Di akhir kes prima facie, pelaku dipanggil masukkan pembelaan. Semasa pelaku memberi keterangan di kandang saksi, dia cakap dia masuk ke rumah mangsa mengikut pintu dapur. 

Semasa masuk, dia bawa kayu sambil capai golok yang ada di sinki dapur rumah. Selepas itu dia masuk ke bilik mangsa dan nampak mangsa tidur dengan anak-anak. Dia pun selongkar bilik mangsa untuk mencuri duit. 

Apabila mangsa sedar, dia terus libas golok dan terkena pada leher mangsa. Pelaku nampak mangsa penuh dengan darah. Dia tiada niat pun nak bunuh mangsa. Jadi, bila dah libas, dia capai RM200 dari dompet mangsa. 

Mangsa masih sedar tetapi darah banyak memancut dari leher dan dengan keadaan mangsa seperti itu, pelaku boleh pula merogol mangsa. Bila dah rogol, pelaku pun beredar dan pergi ke satu restoran untuk minum bir. Bayangkan betapa kejamnya si pelaku pada waktu itu. 

Kes ini dah selesai proses rayuan di peringkat mahkamah rayuan dan mahkamah rayuan tetap kekalkan keputusan mahkamah tinggi iaitu hukuman 18 tahun penjara dan 12 sebatan bagi kesalahan merogol. Manakala bagi kes bunuh, pelaku dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. 

Please berhati-hati walau di mana pun kita berada atau dengan sesiapa sekalipun. 

Semakan netizen mendapati, kes itu berlaku pada tahun 1 Mac 2015 di Kampung Batu Papan. 

Berdasarkan laporan Harian Metro, penganggur, Mohammad Awari Ahmad, didapati bersalah kerana membunuh dan merogol mangsa yang merupakan suri rumah sepenuh masa. 


Mahkamah mendapati Ahmad mempunyai niat menyebabkan kematian mangsa, sekali gus menolak alasannya yang mendakwa tidak berniat untuk melibas parang itu. 

Tertuduh membawa kayu untuk merompak mangsa, namun meninggalkannya di luar rumah sebelum mengambil parang di rumah itu. 

Kejadian itu turut disaksikan anak lelaki mangsa berusia lima tahu yang ketika memberi keterangan yang memberitahu ibunya disembelih. 

Ketika kejadian itu berlaku, suami mangsa, sukarelawan polis sedang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang. 

Suaminya pada hari kejadian berasa tidak sedap hati dan hilang tumpuan ketika bertugas lalu meminta izin untuk pulang ke rumah. Namun dia menemui isterinya tanpa seurat benang berlumuran darah 100 meter dari rumah. 

Mangsa meninggal dunia pada jam 6.40 pagi selepas empat jam menerima rawatan di Hospital Gua Musang. Mangsa sempat memberitahu petunjuk penting yang membawa kepada penangkapan suspek. 


Kali terakhir wartawan Harian Metro melaporkan mengenai keluarga mangsa pada 24 Mei 2019 di mana tiga anak-anak mangsa iaitu Ahmad Qushri Mohd Arul, 9, Qushri Adli, 7 dan Qusri Adam, 5, meluahkan rasa rindu terhadap Yashmin Fauzi. 

Tiga beradik itu tidak pernah berhenti mengajak datuknya ke kubur arwah ibu mereka setiap pagi Jumaat dan turut meminta mengadakna tahlil lepas solat Isyak di rumah. 

Ishak Deris, 67, akur kerana tidak mahu cucunya terlalu sedih dan dapat melepaskan rindu kepada arwah ibu. 

"Seminggu selepas kejadian, tiga beradik itu masih mendakap kain selimut yang ada kesan darah ibu mereka kerana terlampau rindu. 

"Ambil masa hampir dua bulan juga untuk tiga beradik itu terutama anak sulung dan kedua untuk melupakan peristiwa kejam itu," katanya.



from The Reporter https://ift.tt/2Mpgkei
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger