Home » , » (Video) Lumpuh ditimpa anjing, mangsa saman pemilik dan semua penyewa bangunan

(Video) Lumpuh ditimpa anjing, mangsa saman pemilik dan semua penyewa bangunan

shamsulazlan | 06:11 | 0 comments

Seorang wanita berusia 47 tahun yang lumpuh akibat ditimpa seekor anjing yang jatuh dari tingkat atas bangunan kediaman di selatan China, mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap semua penyewa dan pemilik bangunan itu, lapor Daily Mail

Dalam kejadian pada April lalu di Guangzhou, wilayah Guangdong itu, mangsa lumpu dari leher ke bawah selepas ditimpa anjing tersebut yang terjatuh dari bumbung bangunan dua tingkat tersebut. 


Ekoran kejadian itu, mangsa nekad memfailkan saman terhadap pemilik dan penyewa di bangunan itu selepas tiada seorang pun yang tampil mengaku anjing itu milik mereka. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 15 April, seekor anjing berwarna jingga dirakam jatuh tepat di atas kepala mangsa yang sedang berjalan ke pintu masuk bangunan tersebut pada jam 2 petang. 

Mangsa terus terjatuh dan tidak sedarkan diri. sementara anjing itu terus melarikan diri dari tempat kejadian tanpa mengalami sebarang kecederaan. 





"Bunyi hentakannya amat kuat, seperti beg simen jatuh dari atas. Saya pegang mangsa ketika itu, kemudian saya lihat bibirnya bertukar warna kehitaman," kata saksi wanita.

Selepas dibenarkan keluar dari hospital, mangsa, Zhang Ping, dan suaminya tinggal di sebuah hotel berhampiran memandangkan mangsa masih perlu menjalani rawatan susulan.

Disebabkan kejadian itu juga, suami dan anak mangsa terpaksa berhenti kerja untuk menjaga mangsa di mana Zhang perlu diurut setiap dua jam bagi mengelakkan ototnya tidak berfungsi. 



"Kami sudah belanjakan 400,000 yuan (RM240,982.08) untuk bil perubatan dan kami perlu lebih banyak wang untuk merawatnya," kata suami mangsa. 

Keluarga mangsa juga mendapati terdapat sangkar anjing di atas bumbung bangunan tersebut, yang membuktikan bahawa haiwan itu adalah haiwan belaan salah seorang penghuni di bangunan tersebut. Namun setelah tujuh bulan kejadian itu berlaku, tiada seorang pun yang tampil mengakui haiwan itu adalah milik mereka. 

Peguam menasihatkan mangsa memfailkan saman terhadap pemilik dan semua penyewa di bangunan tersebut. 


from The Reporter https://ift.tt/2TSlnUW
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger