Lagi seminggu nak berkahwin, tiada angin tiada ribut tiba-tiba tunang ke pada lelaki ini berkata tidak mahu meneruskan perhubungan mereka. Sedangkan sudah banyak persiapan yang dibuat dan disediakan.
Setelah diselidik, rupa-rupanya wanita berkenaan sudah mempunyai calon yang lain dan tidak sampai sebulan mereka putus pertunangan, wanita itu pula sudah mengikat tali pertunangan dengan lelaki lain.
"Sekian lama aku diam, akhirnya hari ini benteng kesabaran aku pecah. Orang yang tak tahu cerita, mudah kata aku salah tapi depa tak tahu puncanya dari siapa!
"Seminggu lagi nak kahwin, tiba-tiba cakap tak mahu kahwin. Katanya tak ada hati. Dah tak ada hati, buat apa hang kejan aku nak bertunang la, nak menikah awai? Untuk apa?
"Aku bayar duit kutu hang bulan-bulan, bayar duit sewa rumah hang apa segala sebab aku niat nak jadikan hang halal untuk aku. Tetapi ini yang aku dapat?" tulis Syafiq Azmi di Facebooknya hari ini.
Kecewa dengan perkara itu, Syafiq mahu menuntut segala 'pelaburan' yang pernah dilaburkan untuk bekas tunangnya itu. Malangnya, wanita itu bertindak menyekat nombor telefon Syafiq.
Tiada pilihan lain Syafiq terpaksa mendedahkan gambar bekas tunangnya itu di media sosial dan membuat laporan polis selain meminta rakan-rakannya membantu menyebarkan perkara tersebut.
"Tak selamanya hang di atas. Putus tunang dengan aku takdan sebulan hang bertunang dengan orang lain? Hebat permainan hang.
"Lani aku tak mau tau hang nak melingkop ka apa ka, aku dah cukup bersabar dengan hang dan bukannya aku tak minta cara baik bayar duit-duit aku. Tapi hang yang memaksa aku untuk viralkan muka hang.
"Aku dah mesej, dah minta ajak berbincang di luar dan dah bersabar. Tapi hang memilih jalan untuk block aku.
"So harapnya selepas ini pandai la cari aku pula. Report polis bakal menyusul selepas ini. Jangan lari-lari dah ya. Sungai Petani tak besaq mana. Minta sahabat-sahabat saya share kisah saya. Saya buat kebaikan tapi dibalas taik oleh perempuan ini," katanya.
Syafiq menegaskan, dia tidak berniat mahu mengaibkan bekas tunangnya tetapi dia hanya mahu menuntut haknya dan meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.
Dalam penjelasannya yang terkini, Syafiq menyertakan bukti tunang baharu wanita itu mahu melangsaikan hutang tersebut dan Syafiq memberikan tempoh masa sehingga hujung bulan November ini atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
"Tujuan saya update status ini bukanlah untuk mengaibkan dia. Niat saya cuma nak cari dia sebab dia block saya di semua media sosial.
"Saya pergi rumah, dia tak ada. Merata-rata saya mencari. Orang di sebelah pihak dia kata saya yang bersalah sedangkan terang lagi bersuluh perempuan itu yang ada orang lain.
"Bayangkan, lagi seminggu nak bernikah, dia cakap cancel sebab dia tak ada hati. Selepas cancel semua, dia bertunang dengan lelaki lain.
"Kalau tuan-tuan berada di tempat saya, apa yang tuan-tuan rasa? Persiapan majlis semua sudah siap. Keluarga saya tanggung malu. Kad kenduri dah edar semua.
"Saya minta maaf kalau ada sesiapa yang terasa dengan status saya. Saya tidak akan delete status ini selagi saya tak dapat apa yang saya tuntut dari perempuan itu.
"Saya ikat perut tak makan dok bayar hutang perempuan itu yang saya anggap bakal menjadi isteri saya. Saya buat semua itu sebab memang niat saya nak menghalalkan dia. Bukannya nak jadikan dia perempuan simpanan ke apa.
"Di sini saya sertakan sekali gambar tunang baru dia yang cakap pandai dengan saya kononnya nak tolong langsaikan hutang tunang dia. Saya tak cakap tanpa bukti. Nah, saya serangkan bukti-bukti. Report polis bakal menyusul. Saya tunggu sampai hujung bulan November. Kalau tak ada apa-apa tindakna, saya akan failkan saman malu.
"Bukan saja-saja saya nak aibkan sesiapa. Kalau betul saya nak aibkan, hari kenduri saya itu saya dah boleh viralkan. Lagi 9 hari nak akad nikah, tiba-tiba minta putus. Pasal itu kalau saya nak viral pun dah boleh viral dah.
"Ini sebab janji nak bayar hutang selepas itu, sampai tarikh yang dia janji dia block saya. Itu yang saya viralkan tu. Bukan sakit hati sebab dia nikah dengan orang lain, ini sebab dia nak kahwin ada duit. Duit saya tak mahu dibayar. Terbakar hati saya tuan," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2TqVVpE
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment