Home » , » 'Perokok juga manusia, bukan sampah sarap' - 3 persatuan pengusaha restoran bantah KKM kenakan zon larangan merokok

'Perokok juga manusia, bukan sampah sarap' - 3 persatuan pengusaha restoran bantah KKM kenakan zon larangan merokok

shamsulazlan | 04:44 | 0 comments

Di kala majoriti rakyat Malaysia menyokong sepenuhnya usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadikan premis seperti restoran dan warung sebagai zon larangan merokok dengan denda RM1,000 jika ingkar, ada tiga persatuan yang mewakili lebih 20,000 pengusaha restoran di negara ini membantah larangan tersebut, lapor MalaysiaKini

Tiga persatuan terbabit ialah MSCSPGA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) mengadakna demonstrasi aman di depan bangunan Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA). 

Mereka menganggap keputusan yang dibuat oleh kerajaan sebagai melucutkan hak mereka selaku pemilik perniagaan untuk membuat keputusan. 

Menurut Presiden MSCSPGA, Ho Su Mong berkata, KKM sepatutnya mendapatkan pandangan mereka terlebih dahulu sebelum membuat keputusan itu. 

"Kedai makan kami bukan milik majlis perbandaran mahupun kerajaan. Kami membina perniagaan dengan penat lelah. Oleh itu bukankah pandangan kami lebih penting daripada pihak-pihak tidak berkenaan.

"Perokok juga manusia, bukan sampah sarap," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun Ho berkata, pendirian tersebut bukan bermakna persatuan terbabit menggalakkan pelanggan merokok, tetapi mereka mahu semua pihak mendapat hak masing-masing. 

"Kami tidak meminta pelanggan untuk merokok. Sebaliknya, kami hanya inginkan hak untuk menyediakan khidmat bagi kedua-dua jenis pelanggan iaitu yang merokok dan tidak merokok," katanya.

Pada 11 Oktober lalu, Timbalan Menteri KKM, Dr Lee Boon Chye memaklumkan larangan merokok di semua premis makanan akan dikuat kuasakan mulai 1 Januari 2019 dan difahamkan cadangan itu telah diluluskan di peringkat Parlimen 

Presiden Primas, T Mutusamy pula menyifatkan keputusan KKM itu bakal menjejaskan perniagaan mereka dan menuntut kerajaan mengkaji semula keputusan itu. 

Ho berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada KKM bagi mengadakan pertemuan untuk mencari jalan penyelesaian 'menang-menang' berhubung perkara itu. 

Sementara itu di media sosial, netizen mempersoalkan tindakan persatuan terbabit yang jelas sekali menidakkan hak golongan bukan perokok untuk menghirup udara segar. 

"Bagaimana dengan hak bukan perokok untuk bernafas udara segar? Selalu terjadi ketika sedang makan, datang sekumpulan perokok duduk meja sebelah, hisap rokok tanpa mempedulikan orang di sekeliling.

"Kami non smoker ini sudah lama mengalah membiarkan perokok mencemari udara kami. Jadi perokok pula perlu mengalah kali ini. Tahan keinginan merokok itu untuk kemashalatan orang ramai," kata Norman. 

Tinjauan di media sosial juga mendapati, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan tiga persatuan berkenaan dan menyeru orang ramai terus menyokong usaha KKM melaksanakan zon larangan merokok di premis makanan. 


from The Reporter https://ift.tt/2DABPEq
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger