Seorang pengguna Facebook menasihati orang ramai agar berhati-hati ketika musim hujan kerana baru-baru ini berlaku satu peristiwa yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh salah seorang penduduk di kawasan perumahannya itu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Bandar Al Mukatafi Billah Shah, Dungun, Terengganu pada Khamis lalu.
Mangsa mengalami kecederaan akibat diserang oleh seekor ular sawa ketika dia baru pulang dari bermain futsal.
Sebelum itu, mangsa dikatakan menjerit meminta pertolongan sambil bergelut menahan ular dari terus menjerut lehernya. Mujur nasib menyebelahinya apabila jeritan dia didengari oleh bapanya.
Pelbagai usaha yang dilakukan oleh bapanya untuk meleraikan lilitan ular tersebut, tetapi ular itu enggan melepaskan mangsa. Akhirnya, bapanya bertindak memukul kepala ular tersebut berkali-kali sebelum haiwan itu melepaskan lilitan tersebut.
Berdasarkan gambar yang tular di media sosial, mangsa mengalami kecederaan di bahagian betis kesan daripada gigitan ular sawa itu.
Mangsa juga berkongsikan pengalamannya ketika berdepan dengan kejadian yang tidak disangkakan itu. Meskipun pada waktu itu dia cemas, tetapi Allah telah kurniakan ketenangan kepadanya membolehkan dia bertahan sehingga pertolongan tiba.
Sumber: Zul Shawalludin Jusoh
from The Reporter https://ift.tt/2Dk26G6
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment