Berang permintaannya untuk mengadakan hubungan intim ditolak, lelaki berusia 38 tahun tergamak mencekik isterinya yang berusia 37 tahun sehingga mati.
Suspek, M Januri, mengaku berbuat demikian kerana isterinya, Sulasmini, menolak ajakannya untuk melakukan hubungan seks dalam kejadian Isnin lalu.
Suspek berkata, selepas mencekik isterinya sehingga mati di katil kelamin mereka, dia tidak melarikan diri, malah tidur di sebelah mayat isterinya.
"Selepas membunuh, suspek tidur di sebelah mayat isterinya. Bila tiba waktu subuh, suspek bangun dan mengerjakan solat subuh sebelum pergi ke sawah," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Blora, AKP Heri Dwi Utomo.
Menurut Heri, di waktu tengah hari, Heri sempat pulang ke rumah dan di saat itu, ibu mangsa, Sarmini, 55, telah menemui mayat anaknya dalam keadaan tidak bernyawa.
"Ketika itu, ibunya menyangka Sulasmini mati akibat dipatuk ular berikutan ada kesan luka di bahagian leher, ditambah pula dengan keterangan palsu dari suspek.
"Keluarga mangsa kmeudian mengebumikan mangsa di tanah perkuburan dan si suami juga turut serta sepanjang proses menghantar jenazah isterinya ke liang lahat," katanya.
Namun beberapa hari selepas dikebumikan, polis berjaya merungkai punca kematian mangsa di mana mangsa mati dibunuh oleh Januri, bukannya dipatuk ular seperti yang didakwa.
"Setelah disoal siasat, suspek mengaku telah membunuh isterinya dengan cara mencekik lehernya," kata Heri.
Polis masih menyiasat kejadian itu dan kubur mangsa akan digali semula untuk membantu siasatan.
Sumber: Tribun News
from The Reporter https://ift.tt/2DQBv3W
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment