Home » , » Bapa rogol dan liwat anak rayu hukuman ringan kerana sudah insaf

Bapa rogol dan liwat anak rayu hukuman ringan kerana sudah insaf

shamsulazlan | 04:41 | 0 comments

Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan 15 sebatan terhadap bekas sarjan tentera kerana didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol dan meliwat anak kandungannya berusia 17 tahun, dua tahun lalu. 

Tertuduh berusia 44 tahun itu didakwa melakukan kesalahan itu di ruah sewanya di Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, jam 2 pagi pada 15 Mac 2016. 

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan terhadap mangsa tanpa kerelaan dengan kekerasan jenayah dengan meletakkan pedang samurai di leher mangsa. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun penjara dan sebatan jika sabit kesalahan. 

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan seks oral terhadap mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik dan kesalahan dituduh mengikut Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, Hakim Jailani Rahman menjatuhkan hukuman 18 tahun bermula daripada tarikh hukuman disabitkan dan 10 sebatan, manakala bagi pertuduhan kedua dikenakan hukuman penjara enam tahun dan lima sebatan.

Bagaimanapun, hukuman penjara diperintahkan dijalankan serentak, menjadikan tertuduh perlu menjalani hukuman penjara 18 tahun dan 15 sebatan.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan sudah insaf, selain kesalahan itu merupakan kesalahan yang pertama. Tertuduh yang mempunyai tiga anak daripada perkahwinan terdahulu dan seorang bayi berusia dua bulan hasil perkahwinan terbaru, juga memaklumkan kehilangan pencen dan gratuiti selepas diberhentikan kerja.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Zainal Ariffin, bagaimanapun dalam hujahnya memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana kesalahan serius, selain menyebabkan kesan trauma dan psikologi terhadap mangsa yang juga anak kandung yang sepatutnya dilindungi oleh tertuduh.

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2FVJBuX
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger