Ibu bapa yang menghukum anak-anak dengan cara memukul mereka kononnya bagi tujuan mendidik boleh menyebabkan anak mereka menjadi ganas dalam perhubungan mereka di masa hadapan, menurut kajian dari University of Texas Medical Branch di Galveston, lapor Koco News 5.
Seramai 750 individu berusia antara 19 hingga 20 tahun yang terlibat dalam kajian itu ditanya sama ada mereka pernah dipukul oleh ibu bapa ketika mereka masih kanak-kanak.
Selain itu, mereka juga ditanya apakah mereka pernah mengasari pasangan mereka.
68% individu berkata, mereka pernah dihukum secara fizikal sewaktu kanak-kanak dan 19 peratus pula mengakui pernah mengasari pasangan mereka.
Kajian yang sama dari University of Michigan mendapati bahawa kanak-kanak yang dihukum secara fizikal mengalami kadar kesihatan mental yang tinggi seperti kelakuan anti-sosial dan kemurungan seperti orang dewasa.
from The Reporter https://ift.tt/2ON5JGX
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment