Home » , » 'Rodtax keto pon xsetel lagi, dok rindu j*bo mudo?' - Isteri kedua balas kenyataan suami rindukan isteri ketiga berusia 11 tahun

'Rodtax keto pon xsetel lagi, dok rindu j*bo mudo?' - Isteri kedua balas kenyataan suami rindukan isteri ketiga berusia 11 tahun

shamsulazlan | 05:23 | 0 comments

Isnin lalu, media tempatan menyiarkan luahan seorang peraih getah yang rindukan isteri ketiganya berusia 11 tahun yang kini berada di bawah jagaan Kementerian Sosial Thailand. 

Terdahulu, isu perkahwinan lelaki berusia 42 tahun ini bersama dengan kanak-kanak itu menimbulkan kontroversi apabila isteri keduanya memuat naik gambar perkahwinan mereka di Facebook miliknya pada Jun lalu. 

Difahamkan, pasangan itu berkahwin di sebuah masjid di Kampung Padang Nyor, Mundok, Thailand pada 18 Jun lalu. 

"Lebih tiga bulan saya tidak menatap wajah dan mendengar suaranya. Perasaan rindu kepada isteri saya itu yang kini berada di Thailand, sentiasa ada. 

"Memang tidak dinafikan ingatan terhadapnya sentiasa bermain di fikiran saya terutama sejak akhir-akhir ini. Tapi apakan daya, diak ini berada di bawah jagaan Kementerian Sosial Thailand. 

"Kalau diikutkan tempoh jagaan selama tiga bulan sudah berakhir, tetapi saya masih belum menerima khabar berita mengenai isteri saya itu dan juga kedua ibu bapanya. 

"Saya tidak tahu sama ada jagaan terhadapnya dilanjutkan atau dia sekarang menyambung pembelajarannya di sekolah di negara asalnya itu. Biar apa pun terjadi, saya hanya mampu berdoa agar dia selamat di sana. 

"Setiap hari saya menadah tangan kepada Allah SWT supaya jodoh kami berkekalan dan apa saja ketentuanNya saya terima. 

"Bukan itu saja, jika Kerajaan Thailand ingin 'membebaskan' isteri saya dan membenarkan dia 'bersatu' dengan saya setelah umurnya cukup 16 tahun, saya terima dan sanggup menunggu selama lima tahun lagi," kata bapa kepada enam anak itu. 

Bagaimanapun, laporan itu menimbulkan rasa kurang senang isteri keduanya lalu mendedahkan ada beberapa tanggungjawab yang tidak diselesaikan oleh lelaki berkenaan. 

Ramai netizen yang terkejut membaca komen isteri keduanya itu di ruangan komen laporan tersebut di Facebook Berita Harian. 

"Nak start lagi ko, namokan aku lampirkan semua bil TNB dan air hak tertunggak. Road tax kereta pun tak settle lagi. Dok rindu jubo mudo?" tulis Effa. 



Netizen menasihatkan wanita itu bersabar dengan perangai pelik suaminya dan mendoakan agar kehidupan mereka dipermudahkan. 



from The Reporter https://ift.tt/2PrIrLQ
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger