Home » , » 'Kiut kan lagu tu, comel je suami layan ragam isteri' - Netizen suka lagu baru Faizal Tahir

'Kiut kan lagu tu, comel je suami layan ragam isteri' - Netizen suka lagu baru Faizal Tahir

shamsulazlan | 06:48 | 0 comments

Gabungan elemen muzik Regagae, Pop Yeh Yeh yang diketengahkan membuatkan lagu bertajuk Ragaman ini berbeza dari lagu yang dinyanyikan sebelumnya oleh penyanyi terkenal, Faizal Tahir. Unsur komedi yang diselitkan di dalam lirik lagu ini juga membuatkan lagu ini sentiasa menjadi pilihan pendengar.

Ragaman berlatarkan kisah ragam kehidupan berumah tangga, si suami melayan kerenah si isteri. Lirik lagunya bukan sahaja mencuit hati pendengar, malahan ada yang mengatakan lagu berkenaan sememangnya sama seperti kerenah seorang isteri. 

Melihat kepada penularan lagu tersebut, Siti Suryani Yaakop telah menyenaraikan persamaan-persamaan lain kerenah seorang isteri.


DAH dengar lagu Ragaman? Lagu baru Faizal Tahir. Kiut kan lagu tu. Comel je suami-suami layan kelakuan bini-bini. Sabar je banyak-banyak.

Dalam lirik lagu tu kata:
  • “Kat rumah nak makan lain, sampai kedai order benda lain.”
  • “Baru nak puasa dah minta langsir raya.”
  • “Member tu nak tengok bola, dia ajak keluar. Dah bawa keluar, nak balik pulak.”
Macam-macam! Tapi sebenarnya banyak lagi perangai ajaib geng-geng satu bas Kak Nis ni. Sebab geng kena kata gitu la. Kalau yang belah lagi satu tu, mesti dia kata, sakit di jiwa.

Contohnya:

1. Beli pinggan Arcopal. Bayar hutang lak tu.Tapi, kat rumah makan guna pinggan plastik. Yang Arcopal tu? Tak boleh. Takut pecah. Dah tu beli buat apa. Haaaaa.

2. Baju dia dekat 18 almari. Asal dengar offer je, laju dia pergi. Tapi, bila nak keluar  jalan, mesti bunyi.. "takda baju la".

3. Kalau dia kentut, takpa, itu untuk tujuan kesihatan. Tapi kalau suami yang kentut, dia marah. Katanya itu adalah pencemaran!

4. Kalau dia dah siap, orang belum siap. Dia kata buang masa berharga dia kena tunggu. Kalau dia pulak yang dah dua jam pun tak siap-siap, dia kata biasalah. Benda lawa lama nak siapkan.

5. Gosok tudung kaler biru. Dari malam dah gosok untuk nak pakai esok. Hari kejadian pakai tudung pink. Pulak.

6. Minta suami duit nak beli make up. Balik shopping, suami tanya mana make up nya. Dia selamba jawab takda. Habis duit tu beli apa. "Pensil kaler anak".

7. Kalau lapar, dia punya sawan tu bukan main-main. Pukul 2 pagi pun dia ajak makan. Order roti canai sampai 8 keping. Makannya tak habis sekeping pun. Yang baki sapa nak makan. "Awaklah". Eh! gitu je.

Sedih bila tengok scene ini... Sayangilah isteri anda. 
8. Kalau orang salah letak barang, dia kata orang tak bertanggungjawab jaga barang sendiri. Kalau dia salah letak, dia kata.. "Saya banyak benda nak fikir lah".

9. Suami balik lambat, dia marah. Suami balik awal dia tanya.. "Eh,kenapa balik awal hari ni?" Pening member tu. Nak suruh balik awal ke tidak sebenarnya Timah oi.

10. Kalau dia minta urut, kena lebih 1 jam. Kalau suami minta urut, tangan dia tak kuat. Tak boleh lama-lama. 2 minit je.

11. Bila merajuk, buat muka. Bila suami tanya kenapa, dia kata tak ada apa. Bila member tu biarkan, dia nangis pulak. Alahh Kassimm!

Yang paling dewa sekali yang ni.

12. "Saya tak nak makan. Mulai hari ni saya nak diet". Dari 8 tahun lepas sebut benda yang sama. Tapi, bila jumpa makanan kemain bersaka. Semua nak!


Maaflah. Kita bukan sengaja. Ini semua sebab hormon. Kan?Kan? Salute suami-suami ni. Jiwa kental! Korang yang mana? Eleh, tak nak mengaku la tuh!



from The Reporter https://ift.tt/2RWvFSt
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger