Home » , » Bagaimana UMNO Sedang Mempelajari DAP & Pakatan Art of War Dalam Isu ICERD – Pakatan Kini Akan Menggunakan The Pak Lah , Najib & Mahathir Blueprint Untuk Mengatasinya ?

Bagaimana UMNO Sedang Mempelajari DAP & Pakatan Art of War Dalam Isu ICERD – Pakatan Kini Akan Menggunakan The Pak Lah , Najib & Mahathir Blueprint Untuk Mengatasinya ?

shamsulazlan | 03:19 | 0 comments

1. Politik Persepsi Dan Half Truth 

Jika dahulu pemerintahan BN cuba untuk mengemukakan fakta bahawa majoriti negara di dunia ini sudah melaksanakan GST dan merupakan sistem percukaian terbaik dan juga kadar GST adalah antara yang paling rendah di dunia.

Pada hari hari ini pula , pihak kerajaan Pakatan cuba mengemukakan fakta bahawa ICERD tidak mengancam perlembagaan 153 dari segi hujah perundangan dan juga fakta majoriti negara di dunia ini sudah menandatangani ICERD.

Akhirnya , fakta dan kebenaran GST juga gagal untuk berhadapan dengan politik persepsi The DAP & Pakatan Art of War iaitu mencetuskan emosi dan sentimen bahawa GST ini membebankan rakyat , harga barang naik dan pelbagai lagi tuduhan yang dikaitkan untuk mencemarkan GST. Begitu juga dengan loji LYNAS yang dikatakan adalah loji Nuklear yang akan mengancam keselamatan dan kesihatan rakyat walaupun secara sainstifik dan fakta ekonomi adalah sesuatu yang memanfaatkan.

Begitu juga dengan ICERD , sentimen seperti Raja – Raja Melayu akan hilang kuasa , kedudukan bahasa dan bangsa Melayu serta agama Islam akan terancam.

Fakta dan kebenaran sudah tidak lagi penting dalam politik negara Malaysia. Sentimen dan emosi lebih diutamakan.

Walaupun ramai peguam , NGO dan pihak Pakatan Harapan tampil memberikan pelbagai fakta , hujah dan kebenaran mengenai ICERD namun sehingga hari in masih gagal meleraikan emosi dan sentimen anti Melayu dan Islam dalam isu ini.

UMNO sudah berjaya menguasai The DAP dan Pakatan Art of War. Politik mengeksploitasi dan memanipulasi sentimen dan emosi. Politik persepsi memenangi fakta dan kebenaran. Walaupun kerajaan sudah umum bahawa sudah tidak akan tandatangani ICERD tetapi sentimen ini masih lagi diteruskan dan tidak berjaya dicairkan.

2. Bekerjasama Dengan PAS 

PAS merupakan sebuah parti politik yang paling kuat di Malaysia bukan diukur dari segi kerusi yang dimenangi oleh mereka tetapi berdasarkan kepada kuasa ahli , jentera dan organisasi mereka yang sangat kukuh. Lihat sahaja berpuluh – puluh pemimpin dan Jeneral PAS keluar untuk membina parti AMANAH tetapi akhirnya dalam pilihan raya hanya 11 kerusi yang dimenangai oleh AMANAH tetapi PAS walaupun bersendirian masih kukuh dengan 18 kerusi parlimen dan memenangi 2 buah negeri iaitu di Kelantan dan Terrengganu.

Dalam perang mana – mana sejarah di dunia ini sekirannya sekumpulan kepimpinan terbesar dan jeneral keluar , menyerah kalah atau mati maka kumpulan tersebut biasanya akan terkandas. Namun begitu , tiada impak besar terhadap parti PAS kerana parti ini adalah satu parti yang dibawa daripada Bottom – Up dan bukannya struktur Top-Bottom seperti majoriti parti politik yang wujud di negara Malaysia pada hari ini.

Mereka yang pernah terlibat dalam politik dalam pihak Pakatan Harapan akan mengetahui sesuatu demonstrasi tidak akan berjaya dilakukan tanpanya sokongan daripada PAS. Bermulanya daripada REFORMASI 1998 sehingga rentetan pelbagi demonstrasi yang berlaku sepanjang 1998 – 2018 adalah datangnya daripada kekuatan jentera dan ahli PAS.

Jika Anwar Ibrahim adalah begitu kuat maka mengapa selepas REFORMASI 1998 parti PKR hanya memiliki ahli kurang daripada 30 000 pada permulannya ? Angka ini tidak menggambarkan angka peserta dan penyokong REFORMSI 1998 yang turun ke padang untuk berdemonstrasi.

PAS hanya perlu membuat beberapa telefon atau memberi arahan sahaja maka puluhan sehingga ratusan ribu akan turun padang untuk berdemonstrasi. Kehebatan ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh sesiapa di negara Malaysia melainkan PAS.

Jika dahulu ideologi mereka berbeza dengan PAS juga mampu mengemukakan pelbagai teori , alasan persepsi bagaimana mereka boleh berjasama dan pada hari ini UMNO juga mengikut jejak langkah yang sama. Kerjasama antara UMNO dan PAS adalah lebih mudah kerana terdapat banyak persamaan dan perjuangan ideologi mereka. Walaupun berbeza tetapi lebih banyak persamaan berbanding dengan perbezaan.

3. Serangan The Achilles Heel Apabila UMNO Terlalu Kuat 

UMNO pada mulanya cuba sedaya upaya untuk membuat serangan terhadap Tun M selama beberapa tahun ini iaitu sebelum dan selepas PR 14. Namun begitu , setiap serangan mereka berhadapan dengan kegagalan kerana pengaruh , political capital dan populariti serta imunisasi Tun M terlalu kebal untuk sebarang serangan. Tidak akan memberi sebarang kesan biar berapa fakta , hujah dan kebenaran mengenai kelemahan , keburukkan dan skandal Tun Mahathir.

Namun kini mereka sudah lebih fokus untuk belajar kesilapan mereka untuk menjadikan Tun Mahathir atau PPBM sebagai sasaran politik mereka. Mereka belajar daripada DAP dan Pakatan Art of War untuk menyerang The Achilles Heel iaitu MCA dan MIC apabila UMNO terlalu kuat untuk diserang.

Daim was speaking at the Soal Rakyat programme on TV3, featuring Tan Sri Johan Jaaffar and Mustapha Kamil Mohd Janor as the moderator.

PH, he said, had two approaches. He said first, he did an interview with Nanyang Siang Pau, where they would “destroy MCA and MIC first” to the point that they are no longer relevant.

Next, he said, they concentrated on Felda, which was a fixed deposit for Umno.

Daim said PH agreed that they needed Dr Mahathir to lead the charge against Umno, as the Malays in urban areas would also be receptive to him.

“In our strategy, we decided not to interfere with Sabah. We left the state to (Warisan president) Datuk Seri Shafie Apdal.

Teori ini digunakan untuk menyerang Waytha Moorthy ( MIC ) sebagai seorang Menteri Perpaduan yang Racist dan Anti Melayu dan DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang adalah pencetus ICERD ( MCA ). Walaupun kebenarannya idea ini datangnya daripada PKR Saifuddin Abdullah. Teori kini dalam persepsi masyarakat Melayu adalah kelicikan DAP menggunakan Waytha Moorthy dalam isu ICERD.

Namun fakta sudah tidak lagi penting kerana UMNO sudah berjaya untuk mencipta persepsi dalam kalangan masyarakat Melayu bahawa DAP adalah pencetus kepada ICERD.

UMNO fokus mobilasasi kepada isu dan perjuangan Melayu ( Mahathir ). PAS fokus kepada perjuangan Islam             ( Shafie Sabah ).

Pelbagai gabungan NGO fokus kepada isu bahasa , dan Raja – Raja ( Felda ).

4. Pengunaan Pertubuhan NGO Untuk Berlawan Dengan Kerajaan 

Dalam Pakatan terdapat ratusan NGO telah diwujudkan untuk berjuang perjuangan terentu seperti LYNAS , HINDRAF dan pelbagai lagi digunakan sebagai senjata politik. Begitu juga dengan kini pelbagai pertubuhan seperti GAGASAN KUASA TIGA , PEMANTAU dan pelbagai lagi. NGO yang sebenarnya bukan NGO adalah strategi lama The DAP dan Pakatan Art of War.

5. DAP Superman , Wong Tack dan Pelbagai Lagi 

UMNO kini menggunakan strategi yang sama dengan menggunakan dan mencipta Lokman Adam , Papagamo ( Sir Azri ) , Jessy dan pelbagai lagi character dalam perjuangan politik ekstrem mereka.

6. Isu Perkauman 

Jika dahulu HINDRAF membuat tuntutan dengan mengemukan pelbagai fakta dan teori bagaimana mereka ditindas. Jika DAP dahulu sering menyerang MCA sebagai pekhianat bangsa Cina dengan isu UEC ( tetapi kini mereka sendiri tidak mampu laksanakan ).

UMNO kini mengeksploitasi teori persepsi politik mereka bermulanya dengan isu AG Tommy Thomas , Papan Tanda Bahasa Cina , ICERD , Menteri Kewangan Bukan Melayu dan pelbagai lagi. Bezanya adalah situasi kali ini akan lebih mencabar kerana masyarakat Melayu memiliki 21 juta daripada 31 Juta rakyat Malaysia. Perkara ini sekirannya berterusan maka impaknya akan berpuluh kali ganda lebih besar berbanding dengna isu dan perjuangan dahulu. Hal ini disebabkan politik kebenaran , fakta dan realiti dalam negara Malaysia sudah tidak lagi penting dalam menentukan kepentingan politik.

Begitu juga isu BlackOut yang sebenarnya tiada tetapi sudah menjadi realiti persepsi kebenaran.

7. Tuntutan Berjaya Tetapi Perjuangan Masih Lagi Diteruskan

SPR akhirnya akur dengan tuntutan BERSIH untuk menggunakan dakwat jari dan pelbagai lagi tuntutan tetapi perhimpunan dan perjuangan BERSIH masih lagi diteruskan. Begitu juga dengan ICERD kini walaupun sudah diumumkan tidak akan dilaksankan tetapi ceramah , perjuangan , perhimpunan masih lagi berterusan. Permainan politik seperti jangan percaya sehingga masuk dalam Hansard parlimen dan Pakatan mudah mungkir janji seperti manifesto mereka dijadikan perjuangan terkini. Perkara ini sama sahaja dengan permainan politik DAP dan Pakatan Art of War dahulu apabila BN sudah janji tiada peningkatan kadar GST tetapi mereka kata BN sering U-Turn dan mungkir janji dan jika menang lagi pasti akan naikkan kadar GST.

Bagaimana Pakatan Harapan Kini Hendak Berhadapan Dengan DAP dan Pakatan Art of War ?

Mahathir Art of War

  • Tangkap kesemua pemimpin yang terlibat dan sumbat mereka masuk penjara

Pak Lah

  • Biarkan dan tidak kisah

Najib

  • Tai Chi – Biarkan dan Tangkap serta Lepas pada masa yang sama

Dilemma Pakatan Harapan Berhadapan Dengan Blueprint Politik Sendiri

Jika mereka menggunakan Mahathir dan Najib Art of War maka mereka akan masuk perangkap UMNO yang mahu menggunakan laungan sama seperti hak kebebasan berhimpun , bebas bersuara , hak asasi manusia dan kebebasan media. Pemimpin – pemimpin yang ditangkap akan menjadi hero dan akan wujudnya banyak Personaliti politik dalam perjuangan mereka seperti wujudnya Ambiga , Waytha Moorty , Anwar Ibrahim , Lim Kit Siang , Mat Sabu dan pelbagai lagi.

Keadaan ini akan melengkapkan puzzle yang kini diperlukan oleh UMNO. UMNO kini memiliki resources dan sumber kewangan dan penaja yang banyak , PAS pula memiliki jentera , ahli atau tentera politik yang banyak dan mereka kini hanya tinggi Jeneral , Pemimpin dan Personaliti politik.

Mereka juga akan menggunakan isu penangkapan pemimpin mereka untuk lagi membakar semangat dan membangkit kemarahan penyokong dan komuniti mereka. Laungan kebebasan dan penindasan akan diteruskan.

Jika mereka menggunakan Pak Lah Art of War maka kemungkinan besar Pakatan Harapan tidak akan kekal lama sebagai kerajaan kerana perjuangan kali ini adalah berbeza dengan perjuangan dahulu. Dahulu adalah perjuangan komuniti sebanyak 6 dan 2 juta. Kini adalah soal nasib hidup mati komuniti 21 juta rakyat Malaysia.

Untuk Melengkakap Pakatan Art of War Maka UMNO Perlukan MCA 

Cuba bezanya MCA dan MIC tidak tahu menggunakan kesempatan politik seperti mana dalam Pakatan Art of War. UMNO dan PAS menyerang bahawa DAP adalah Anti Melayu. MCA tidak memgambil peluang politik untuk serang semua tuntutan masyarakat Cina dan bukan Melayu dan yang dahulu diperjuangkan oleh DAP kini tidak mampu dilaksanakan. Bagaimana dengan UEC? Mengapa ICERD diam ? Seperti bagaimana DAP katakan MCA adalah anjing kepada UMNO. Diam dan tidak berani. Realitinya apa bezanya DAP kini dengan MCA dahulu?

Lagipun ini juga adalah blueprint Pakatan Art of War. Anwar untuk membakar semangat Melayu dalam ceramah dan kempenya akan kata UMNO tunduk kepada Taukeh – Taukeh Cina dan DAP pula serang MCA adalah anjing dan hamba kepada UMNO. Akhirnya ? Masyarakat Melayu percaya kepada Anwar. Bukan Melayu percaya kepada DAP. Walaupun sebenarnya terdapat percanggahan naratif politik yang cuba antara Anwar dan DAP.

Jika DAP berbeza ideologi dengan PAS juga boleh brainwash penyokong mereka Bulan Melambangkan Hati Saya maka mengapa tidak MCA juga boleh mencari naratif untuk berkerjasama dengan PAS ? MCA kena mula belajar daripada perjuangan dan strategi politik DAP. Politik yang tidak berlandaskan kepada prinsip. Politik menghalalkan apa cara yang boleh untuk melemahkan dan menghapuskan musuh. Politik yang tidak berdasarkan kepada realiti dan kebenaran tetetapi emosi dan sentimen.

Perjuangan UMNO kini hanya separuh berjaya. Jika pada hari ini ISU ICERD berbangkit disebelah pihak maka PKR dan PPBM akan memainkan isu MCA , MIC dan GERAKAN anti Melayu dan Islam. DAP pula akan menyerang MCA , MIC dan Gerakan sebagai anti Melayu dan Cina.

Seperti Isu Hudud. DAP kata MCA sokong PAS dan Hudud kerana tiada pendirian. PKR pula kata MCA anti Hudud. Akhirnya Melayu dan Cina sama – sama menentang MCA.

Hal ini disebabkan apa yang dimainkan oleh UMNO kini adalah politik persepsi. Politik berbentuk fakta sebenarnya berada di tangan MCA. Apakah faktanya ? DAP langsung menjadi penakut untuk bersuara , memberi pendapat dan cuba elak daripada isu ICERD. Tiada pendirian. Bukankah mereka percaya kepada hak sama rata dan keadilan untuk rakyat Malaysia tetapi mengapa kini begitu pasif? Apabila ditanya kata mereka tanya Waytha.

Apabila ditanya kata tanya Tun Mahathir. Apakah pendirian rasmi mereka? Seperti bagaimana DAP mencabar MCA dan perangkap MCA untuk membuat pendirian mengenai Hudud. Begitu juga dengan DAP mendakwa MCA kowtow kepada Najib dan tiada pendirian dalam 1MDB. Apa bezanya DAP kini dengan MCA dahulu? Bagaimana pula dengan isu peruntukan UTAR ? Isu UEC yang mereka sendiri perjuangkan?

 

The post Bagaimana UMNO Sedang Mempelajari DAP & Pakatan Art of War Dalam Isu ICERD – Pakatan Kini Akan Menggunakan The Pak Lah , Najib & Mahathir Blueprint Untuk Mengatasinya ? appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM https://ift.tt/2AlbZQN
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger