Home » , » 'Mahal ni tuan. Minta maaf, saya betul tak perasan' - Pemandu teksi cuak terlanggar kereta mahal, namun lelaki ini....

'Mahal ni tuan. Minta maaf, saya betul tak perasan' - Pemandu teksi cuak terlanggar kereta mahal, namun lelaki ini....

shamsulazlan | 04:48 | 0 comments

Bila berlaku kemalangan tak kira besar atau kecil, jarang benar kedua-dua pihak mahu mengambil pendekatan menyelesaikan masalah itu dengan cara baik. Seperti lelaki ini, beliau redha dan tidak beremosi apabila berdepan dengan situasi itu. Malah, berfikir secara positif meskipun apa yang berlaku bukan berpunca daripadanya. 

Inilah salah satu contoh yang baik untuk kita jadikan sebagai teladan agar sentiasa mengambil sikap bertenang dan mengambil berat antara satu sama lain biarpun tidak mengenali seseorang itu. Jika ramai yang mengamalkan sikap sebegini, pastinya banyak perkara buruk dapat dielakkan. 


UNCLE ini keluar dari kereta dan berlari anak sambil tangan sebelah menutup kepala yang akan demam kalau lama-lama menadah hujan. Aku perasan uncle ini berlari anak sambil kaki berdengkot. 

Dengan gentle dia berkata, "I'm so sorry, I am really sorry sir!" 

Kasihan, insan yang semakin dimamah usia terpaksa meminta maaf pada orang yang berpuluh tahun muda dari dia. Dengan muka yang kelihatan runsing, letak tangan di dahi, fikirkan keadaan teksinya iaitu mata pencarian yang dah remuk akibat kemalangan. 

Aku memang tak marah langsung, tak tahu kenapa. Sedikit pun tak. 

"Mahal ni tuan. Minta maaf, saya betul tak perasan," katanya. 

"Tak apa, I claim saja nanti, I pun bukannya orang kaya mau keluar wang sendiri. You okay uncle?" 

"Okey, cuma ada terkejut sikit la tangan a bit shaking," katanya. 


Rasa kasihan dan lembut hati lihat uncle ini, teringat bapa aku di rumah. Bayangkan macam mana kalau bapa aku sendiri berada dalam situasi begini? 

"Really sorry sir," 

"It's okay uncle. Siapa yang mau excident? Benda sudah jadi, kecik punya hal. I punya kereta ini pun kereta kerja saja uncle, kereta lama. Kereta ada insurans, kita pergi buat report dan semua boleh selesai. Uncle jangan susah hati ya?" sayu aku melihat muka uncle ini yang basah dek hujan. 

Uncle Angadorai, seorang pemandu teksi berusia 62 tahun yang telah kematian isteri tercinta. Anak-anak pula sudah berkahwin, dah lepas dah katanya. 

"Saya bawa teksi ini pun untuk tampung kehidupan sendiri tuan," sambung Uncle Anga. 

"Alhamdulillah uncle, kita ni kalau anak-anak semua serba cukup, kita sudah rasa besar nikmat dan bersyukur dah," kataku padanya. 


Sepanjang lebih kurang satu jam kami di balai, sempat juga aku bergurau dengan dia. 

"Kalau uncle mau, saya banyak minnaci boleh kasi rekomen," gurau aku. 

"Saya tak mau, saya mau tunggu isteri saya sampai mata saya tutup nanti," balas Uncle Anga tersenyum tapi cukup tegas. 

Banyak perkara yang aku borak dengan uncle ini, berkisar tentang perkahwinan dan kehidupan. Bagaimana dia boleh setia bersama cinta sejati mendiang isteri walaupun tiada lagi jasad setelah berpuluh tahun hidup berpasangan. 

Selama ini kita dihidangkan dengan cerita pemandu teksi yang kurang ajar. Tapi tak semua, malah aku pun baru terbuka mata. 

"Kenapa you tak join Grab, uncle?" 

"Banyak prosedur dna peraturan yang saya tak boleh lepas. Belum campur lagi saya punya kesihatan yang tak menentu ini," balasnya. 

Uncle ini berbangsa India, iaitu bangsa yang sekarang ini tengah heboh dan tegang dengan perselisihan kaum bersama Melayu, yakni bangsa aku sendiri. Aku redhakan semua hatta ganti rugi sesen pun tak terlintas dalam kepala ini untuk aku minta.

Baik aku, baik Uncle Anga, kami tak kena saman oleh IO yang handle kes kecil ini. Bilamana urusan orang lain kita permudahkan walau apa salah dia lakukan dengan ikhlas dan redha, walau siapa pun dia tak kenal warna kulit dan agama, pasti Allah permudahkan urusan kita. 


Alhamdulillah, terima kasih kepada sarjan yang bertugas, berbudi bahasa, baik orangnya dan mempermudahkan urusan aku serta uncle. Semoga kita semua sentiasa positif dan kuat untuk segala keburukan dan kelemahan yang datang. Berbuat baik kepada orang lain, tak kira bangsa dan agama. 

Kita yang tentukan sama ada nak sejukkan keadaan atau panaskan lagi sesuatu keadaan itu. Semoga kita sentiasa positif dan kuat untuk segala ujian, keburukan dan kelemahan. 

Bangsa Melayu kita adalah bangsa yang beradab, bertamadun dan berpegang teguh kepada kebaikkan. Dan semua kenalan aku yang berbangsa India ataupun Cina, semuanya baik-baik tutur kata dan tindakkannya. 

Kalau sesiapa yang ada di sekitar Senawang, Seremban atau yang berdekatan memerlukan teksi dan pemandu yang baik serta jujur, boleh hubungi Uncle Angadorai di talian 012-6054024. Semoga tuhan merahmati kita semua. 

Sumber: Mizan Dzai


from The Reporter https://ift.tt/2Pa7HkD
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger