Home » , » Anjing jantan mati dirogol 4 penagih dadah

Anjing jantan mati dirogol 4 penagih dadah

shamsulazlan | 06:25 | 0 comments

Seekor anjing jantan mati akibat dirogol empat lelaki yang juga merupakan penagih dadah, lapor Mirror News. 

Kejadian itu berlaku di Mumbai, India dan didedahkan oleh NGO, Animal Matter To Me (AMTM) di laman Facebook mereka. 

AMTM membawa anjing malang itu ke klinik veterinar untuk diberikan rawatan. 

Menurut India Times, penduduk tempatan, Sudha Fernandes, yang sering memberi makanan kepada anjing-anjing jalanan itu menemui anjing malang itu terbaring berlumuran darah. Sudha dimaklumkan oleh seorang lagi saksi bahawa empat lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah telah menyerang anjing itu secara seksual. 

Katanya, kaki anjing itu diikat dengan kuat dan mulutnya tersentak apabila anjing itu diperkosa. 

Dalam status Facebook AMTM pada 20 November menjelaskan, haiwan itu mengalami kecederaan di bahagian dalaman akibat dari kejadian itu. Doktor yagn merawatnya berkata, duburnya juga cedera teruk akibat ditusuk. 

Ekoran itu, AMTM telah membuat laporan polis dan pihaknya kini sedang berusaha mengesan empat suspek terbabit. 


Malangnya, setelah beberapa hari bertarung nyawa, anjing itu mati ketika tidur. Bangkai haiwan itu kemudian dibedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya. 



from The Reporter https://ift.tt/2TByKc9
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger