Home » , » 'Ya, saya sini untuk melepaskan rindu' - Gadis dicekup check in hotel bersama teman lelaki

'Ya, saya sini untuk melepaskan rindu' - Gadis dicekup check in hotel bersama teman lelaki

shamsulazlan | 01:00 | 0 comments

Seorang remaja perempuan bersuai 19 tahun mengaku datang dan menginap di sebuah hotel di Batu Berendam Melaka, pagi semalam untuk melepaskan rindu dengan teman lelakinya, lapor Harian Metro

Pasangan itu dicekup bersama teman lelakinya di sebuah bilik di hotel pagi semalam ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menjalankan operasi Ops Khas Ambang Hari Kebangsaan, jam 1.30 pagi. 

"Ya, saya sini untuk melepaskan rindu," kata gadis itu yang juga mengakui dia tiba di negeri itu pada petang kelmarin sebelum mendaftar masuk ke hotel tersebut, sebelum pulang semula pada hari yang sama. 

Menurut gadis yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia hanya datang ke Melaka ketika waktu cuti hanya semata-mata mahu bertemu dengan teman lelakinya yang merupakan penuntut di sebuah kolej di Melaka. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, seramai 14 individu ditahan dalam operasi tersebut selepas mereka didapati bersekedudukan dengan pasangan bukan muhrim. 

Dalam operasi itu, tujuh hotel bajet di sekitar Batu Berendam yang selalu menjadi sasaran pasangan muda menjalankan aktiviti maksiat ditinjau sepanjang operasi dijalankan bermula jam 11 malam hingga jam 2.30 pagi. 

"Tujuh pasangan yang ditahan itu berusia antara 19 hingga 48 tahun turut membabitkan seorang janda serta dua pelajar.

"Ketika pemeriksaan, pasangan terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri sebelum mengaku hanya pasangan kekasih," katanya.

Ketika ditahan, ada yang memberi pelbagai alasan untuk melepaskan diri seperti mereka hanya singgah di hotel untuk berehat sebelum pulang ke rumah.

"Ada lelaki berusia 23 tahun itu yang bertongkat kerana patah kaki kanan memberi alasan singgah untuk berehat. Katanya, selepas berehat teman wanitanya akan menghantarnya pulang ke rumah yang terletak tidak jauh dari hotel berkenaan," katanya.

Kesemua individu yagn ditahan kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan dan rakaman percakapan serta disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berkurung mendatangkan syak.


from The Reporter https://ift.tt/2LMxYDT
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger