Menurut Amer Adib yang memuat naik gambar itu di Twitternya (@Amer_Adib) berkata, beliau sudah seringkali ternampak sekumpulan remaja itu berbuat demikian tanpa rasa bersalah diri mereka masih memakai pakaian yang mempunyai lencana sekolah.
"Dulu batch aku nak merokok pun, sorok belakang kedai. Budak-budak ini rileks je hisap di tempat public, siap vape lagi.
"Sampah buat malu nama sekolah. Ini masa hari Rabu. Hari lain pun sama, siap lencana sekolah lagi.
Dulu batch aku nak merokok pun sorok belakang kedai. Ni budak budak ni rilek je isap kat public. Siap vape lagi. Sampah buat malu nama sekolah. Ni masa hari rabu. Hari lain pun sama siap lencana sekolah lagi. pic.twitter.com/YlUeBfKWNb— Amer. (@amer_adib) September 19, 2018
"Ada yang baru belajar hisap rokok sekali pulak tu. Hahaha! Sampah. Hisap, pastu tak tarik. Bazir! Mak kau bagi duit belanja. Lagi bazir hisap rokok tapi tak tarik. Acah cool ke dik?
"Pastu mak dia sampai, ambil dia kat kedai makan tu. Aku mood batu api memang sentiasa ada, terus cakap kuat-kuat,
"Cik, anak acik hisap rokok! Haa, ni hisap rokok cik,".
"Mampus kau. Hahahaha! Aku rasa mak dia tak dengar. Tapi muka budak tu dah bengang. Satu kali mesti kena. Biadab betul. Hahaha! Sampah, spender mak belikan, lagi bodoh. Hisap dahlah rokok murah. Sini, aku baling duit kat muka kau.
"Mak, Along sekarang dah pandai hisap rokok mak. Okey tak mak? Cool kan mak? Meh pancung sikit Suria dengan mak" - Happy Family.
Sementara itu, netizen tidak hairan dengan perkara itu kerana kebanyakan ibu bapa sekarang terlalu memanjakan dan memberi kebebasan yang tidak terkawal kepada anak-anak sehingga terjebak dengan gejala sosial yang semakin membimbangkan.
Golongan ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa memantau aktiviti anak masing-masing, elakkan mereka terlibat dengan sebarang kegiatan yang boleh merosakkan masa depan.
from The Reporter https://ift.tt/2xJHnXW
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment