Home » , » Bayi baru lahir ditemui dalam beg PUGB, nyaris dibuang ke dalam lori sampah

Bayi baru lahir ditemui dalam beg PUGB, nyaris dibuang ke dalam lori sampah

shamsulazlan | 19:56 | 0 comments

Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dibuang oleh ibunya dalam beg plastik, telah diselamatkan selepas pekerja pengutip sampah mendengar suara tangisannya ketika lelaki itu hampir saja membuang plastik tersebut ke dalam lori sampah. 

Klip video yang dirakam orang awam menunjukkan, bayi itu berada dalam beg yang digantung pada pagar di Bandar Lapu-Lapu, Filipina. 


Ramai orang awam yang berkumpul melihat bayi itu yang perlahan-lahan membuka matanya dan meletakkan jarinya ke dalam mulut. Salah seorang individu kemudian mengipasnya untuk memberi keselesaan.

Ambulans tiba di tempat kejadian pada jam 10 pagi, Isnin, sebelum membawa bayi itu ke Hospital Daerah Lapu-Lapu. 

Turut ditemui dalam beg itu adalah pakaian seragam pelajar perempuan sekolah menengah dan seluar dalam yang berlumuran darah. Pakaian seragam itu dipercayai milik seorang pelajar sekolah berusia 12 atau 16 tahun. 



"Pada awalnya kami tak tahu sama ada bayi itu masih hidup atau mati. Kami tak tahu nak buat apa, kemudian ada yang cadangkan untuk menghubungi pihak ambulans. 

"Bayi itu betul-betul bernasib baik, dia nyaris dibuang ke dalam lori sampah. Saya harap bayi itu akan dijaga dengan baik. Tetapi saya kasihan juga dengan ibunya. Pakaian seragam itu milik ibunya yang masih usia remaja dan dia perlukan bantuan," kata Rheene Lee, yang turut menyaksikan penemuan itu. 

Pihak polis kini sedang menyiasat kejadian itu. 

Sementara itu, jururawat Emily Ng, berkata, susulan viral berita penemuan bayi itu, ramai yang datang ke hospital untuk mengambil bayi itu sebagai anak angkat. 

"Kami belum ada nama lagi untuk bayi ini. Tetapi ramai orang yang mengetahui berita penemuan bayi ini dan bertanya sama ada bolehkah mereka mengambilnya sebagai anak angkat. 



"Keadaannya sangat lemah pada awal dia dibawa ke hospital ini, tetapi sekarang dia sudah stabil dan mampu memberi senyuman. 

"Dia tidak tahu permulaan hidupnya yang agak menyedihkan, tetapi saya pasti dia akan dijaga dengan baik oleh bakal ibu bapanya kelak," katanya. - Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2R2X1GX
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger