Home » , » 'Suspek masih belum dituduh' - Bapa terkedu, pengasuh yang menyebabkan kaki anaknya patah masih 'bebas'

'Suspek masih belum dituduh' - Bapa terkedu, pengasuh yang menyebabkan kaki anaknya patah masih 'bebas'

shamsulazlan | 20:49 | 0 comments

Kes berlaku pada bulan Jun lalu, namun sehingga kini suspek yang didakwa cuai sehingga menyebabkan kaki bayi berusia tiga bulan patah, masih belum didakwa di mahkamah atas beberapa perkara. 

Bapa mangsa, Muhsin Zaidi, kesal namun terpaksa akur dan menganggap apa yang berlaku pada anaknya, Hannah Khawlah adalah ketentuan dariNya. 

"Aku cuba move on dan berhenti pikir benda ni, tapi tak boleh. Hari-hari teringat, setiap masa. Bila teringat jadi marah, geram, sedih. Aku bersyukur walaupun emosi aku terkoyak teruk dengan kes ni, aku masih tidak bertindak di luar batasan.

Ramai orang pm aku tanya perkembangan kes anak aku, Hannah Khawlah yang patah paha 3 hari sebelum raya puasa hari tu. Aku diam je, aku malas nak jawab. Ada 4 5 orang jugak dari mereka yang aku stalk FB, nampak macam lawyer. Oleh itu, malam ni aku nak cerita kisah sebenarnya. Aku tahu ada yang sampai set see first profile aku semata-mata nak tahu perkembangan kes anak aku. Aku baca semua message request korang, tapi aku tak reply. Terima kasih kerana ambil berat." katanya. 

Dalam status Facebook yang dimuat naik semalam, Muhsin berkongsikan kronologi kejadian kepada netizen yang mengikuti perkembangan kes anaknya itu. 

"Jadi, hari ni aku nak cerita la. Minggu lepas aku pegi IPD, jumpa pegawai penyiasat lagi sekali untuk tambah statement. Buat pengetahuan kalian, suspek masih belum dituduh. Aku faham kesukaran IO nak tuduh orang tanpa bukti yang kukuh, lagipun melibatkan arahan mahkamah.

"Begini, tarikh 12/06/2018 lebih kurang pukul 6:50am aku siapkan anak aku. Anak sulung aku dah keluar awal-awal lagi dah dengan bini aku. Bulan puasa memang selalu bini aku keluar awal. Jadi, pagi tu aku tukarkan pampers dengan pakaikan baju pada Hannah. Aku seorang Penolong Pegawai Perubatan. Kira-kira sepanjang 10 tahun terlibat dengan bidang perubatan ni, rasanya tak kurang dari 100 pesakit dah aku simenkan. Dah beribu pesakit yang patah aku pernah saksikan dan bantu uruskan. 

"Maknanya di sini, amatlah tidak logik jika aku terlepas pandang yang kaki anak aku patah dari rumah. Patah paha ni dok saja-saja pun sakit yang amat, apatah lagi kalau nak pakaikan pampers, pakai seluar. Lagi la kuat dia melalak.

"Tuan-tuan, anak aku ni patah paha. Bukan patah jari kelingking. Patah paha ni aku cakap kau, kalau kena orang dewasa pun melalak macam nak putus nyawa. Ni budak 3 bulan, kalau aku pakaikan pampers dalam keadaan dia dah patah, memang dia dah menangis gila-gila la. Sehari dua tu anak aku selsema. Memang dia memerap sikit. Kalau letak dia menangis. Kena belai lebih. Amatlah tidak sama menangis budak tak sihat dengan menangis patah paha.

"Nak kata patah dalam perjalanan ke rumah pengasuh, jarak rumah dia ke rumah aku tak sampai 30 langkah pun.

"Berbeza masa aku pegi balik pukul 2pm, aku tengok je dah tahu kaki anak aku patah. Gambar pertama kat bawah ni adalah gambar yang aku ambik sebelum aku sentuh anak aku. Aku nampak kaki dia ada 'obvious deformity', terus aku snap gambar. Kemudian aku check, confirm patah.

"Tiga hospital aku bawak, Hospital Shah Alam, PPUM dengan Hospital Serdang. Nak dapatkan rawatan terbaik punya pasal. Sedih tu tak payah cakap la. Sapa tak hancur hati tengok anak kecik macam tu dah terseksa.

"Pengasuh cakap anak aku menangis sejak aku hantar dari pagi. Dia ingat menangis biasa-biasa, tengahari baru perasan kaki bengkak. Aku anggap ini cerita dongeng lagi merepek. Kalau ada yang kata pengakuan itu logik, bak sini aku cuba patahkan paha anak kau, aku nak tengok melalak tu jenis biasa ke jenis macam mana.

"Kenapa ambik masa dari 7 pagi sampai pukul 1:30 baru nak maklumkan aku yang anak aku menangis tak berenti? Masa aku pegi amik anak aku tu, belum sentuh pun dia menangis kuat gila. Aku angkat je, terus menangis selak, aku tak dapat nak bayangkan sakit dia tu macam mana. 

"Menurut report pengasuh, katanya anak aku merengek ketika aku hantar pagi tu. Kena dukung manjang, letak je nangis. Baru aku tahu kalau budak umur 3 bulan pata paha dia akan merengek je. Dan bila dukung dia senyap. Sangat la kontra dengan realiti sebenar di mana kalau ada kepatahan, dukung lagi la kuat menangis kerana ada pergerakan, ini situasi yang berlaku masa aku pegi ambik anak aku petang tu. Aku tak nafikan anak aku ada merengek, tapi itu sebab 2 3 hari tu dia demam selsema," katanya. 

Meskipun akur dengan ketentuanNya dan beberapa kekangan lain, Muhsin berharap individu yang menganiaya anaknya itu akan menerima balasan yang setimpal. 

"Aku malas nak fikir banyak-banyak kenapa itu jadi begitu atau ini jadi begini, bukan tugas aku untuk menyiasat dan dakwa. Aku cuma pengadu. Aku tiada kuasa. Aku pun dah dimaklumkan oleh IO tentang SOP nak tuduh suspek dan aku akur.

"Aku diberitahu kes tak dapat dituduh kerana itu la, kerana aku tak dapat buktikan anak aku dihantar dalam keadaan normal. Aku terkedu jugak la dengar. Aku anggap ini ketentuan dari Allah je la. Aku dah usaha pegi report polis, tapi keadilan bukan milik anak aku. Mungkin Allah bagi balasan dalam bentuk lain pada manusia yang datangkan kesakitan pada anak aku tu. Aku berserah je. Kalau Allah nak laknat hidup dia, maka terlaknatlah." katanya. 

Difahamkan, anaknya kini sudah sihat, tetapi kaki kirinya agak kurang aktif. Beliau memohon orang ramai mendoakan anaknya.

"Jadi, itulah dia. Aku dah tak nampak jalan dah dengan kes ni. Anak aku pun dah makin sihat dan membesar dengan baik. Cuma nampak la kaki dia yang patah tu tak aktif sangat, bila meniarap dan nak pusing, kaki yang patah tu tak bergerak. Dia tak guna banyak kaki tu. Mohon doa supaya anak aku tiada kecacatan masa dia besar nanti.

"Aku beranggapan dakwaan melalui criminal setakat ini gagal atau belum berjaya. Akan datang tak tahu. Atas nasihat peguam yang dilantik untuk kes ni iaitu Tetuan Redzuan & Faiezad dari The Law of Chambers, kalau possible dan ada peluang kami akan cuba dengan saman sivil." ujarnya. 

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2DI3CDP
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger