Home » , » Anak kelar dan buang mayat ibunya di dalam tangki najis

Anak kelar dan buang mayat ibunya di dalam tangki najis

shamsulazlan | 20:40 | 0 comments

Mayat seorang wanita berusia 63 tahun ditemui di dalam tangki najis belakang rumahnya, dipercayai dibunuh oleh anak kandungnya sendiri pada Rabu lalu, lapor Harian Metro

Mangsa, Faridah Mat Hashim, 63, dilaporkan hilang sejak 19 September lalu sebelum mayatnya ditemui di tangki najis di belakang rumahnya di Sungai Burung, Balik Pulau, semalam. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, mayat mangsa yang tenggelam di dalam tangki sedalam 1.2 meter itu ditemui oleh menantunya pada jam 2 petang, sebelum menghubungi polis. 


"Polis dengan bantuan pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa dan mengesan saya kesan kelar di bahagian hadapan lehernya, selain turut menemui pisau di dalam tangki itu. 

"Siasatan awal polis percaya, mangsa dibunuh anak lelakinya berusia 29 tahun selepas dia kini menghilangkan diri sejak kehilangan ibunya.

"Saya laporan polis dibuat pada Jumaat lalu memaklumkan kehilangan mangsa sebelum mayatnya ditemui," katanya. 


Suspek yang mempunyai rekod jenayah membabitkan kes mencederakan saudaranya sendiri itu, tinggal bersama dengan ibunya dan seorang adik perempuannya di rumah tersebut. 

Berdasarkan keterangan adik suspek, dia ada melihat ibunya menunaikan solat Subuh pada pagi 19 September sebelum hilang. 

Suspek juga dipercayai suka berkhayal dengan menghidu petrol itu bagaimanapun berjaya diberkas semalam dan akan direman hari ini. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 


from The Reporter https://ift.tt/2OOLQ2Q
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger