Satu rakaman CCTV mendedahkan dua orang pemuda melakukan perbuatan zalim terhadap seekor kucing betina di sebuah kedai dobi di Taman Gombak Ria, Selangor.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 12.30 pagi pada hari Selasa lalu mengejutkan netizen. Kucing betina tersebut yang sedang bunting telah dimasukkan ke dalam mesin pengering bersuhu tinggi. Sungguh menyedihkan kucing tersebut dan anak di dalam kandungannya mati dengan berlumuran darah.

Dua pemuda tersebut dikatakan pelanggan tetap di kedai dobi itu dan tinggal berhampiran dengan kedai dobi. Kucing betina itu pula adalah kucing gelandangan yang memang dibenarkan tinggal berteduh di dalam kedai dobi.
Berdasarkan rakaman CCTV, salah seorang pemuda tersebut yang memakai kemeja dan berseluar panjang mengambil kucing tersebut di bawah meja lalu memasukkan kucing ke dalam mesin. Manakala rakannya yang memakai t-shirt dan berseluar pendek membuka pintu mesin pengering tersebut.
Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Taman Seri Gombak Selangor untuk tujuan tindakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
Rata-rata mengutuk keras tindakan yang dilakukan oleh dua pemuda tersebut dan mengharapkan agar dua pemuda itu dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan kejam mereka.
Sumber : Kelab Pencinta Kucing Malaysia, Persatuan Haiwan Malaysia
Sumber : Kelab Pencinta Kucing Malaysia, Persatuan Haiwan Malaysia
from The Reporter https://ift.tt/2MtxQda
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment