Seorang bapa muda menembak bayinya berusia enam bulan selepas isterinya enggan mengadakan hubungan seks, lapor Mirror.
Maycon Salustiano Silva, 25, didakwa mabuk dan menghisap ganja sebelum bertindak menembak anak lelakinya pada awal pagi Rabu lalu, yang sebelum itu dia bergaduh dengan isterinya, Jeniffer, 20, di kediaman mereka di Luziania, Brazil.
Menurut pihak polis, selepas Jeniffer enggan mengadakan hubungan seks, Maycon terus mengambil pistol yang ditemui di belakang sofa dan menembak anaknya.
Maycon yang tidak mempunyai rekod jenayah itu bagaimanapun berkata, dia langsung tidak mengingati apa yang berlaku selepas dirinya mabuk dan khayal kerana dadah.
Mangsa, Michel, disahkan mati di hospital, dua jam selepas kejadian itu.
Detektif Daniel Martins Ferreira, yang menyiasat kes itu berkata, pihaknya percaya suspek mengamuk selepas permintaannya tidak dituruti, lalu menembak dada mangsa yang sedang baring di katil bayi di dalam bilik ibu bapanya.
"Isteri suspek berkata, lelaki itu meminta dia bangun dan mahu mengadakan hubungan seks dengannya. Namun ditolak kerana si isteri letih dan tidak mahu melakukannya.
"Suspek berang dan menyerang isterinya sehingga berlaku pergaduhan. Suspek kemudian dikatakan pergi ke dapur untuk mendpaatkan air. Namun kembali dengan pistol di tangan yang kemudian diacu pada si isteri.
"Pada mulanya suspek mengugut mahu membunuh isterinya. Tetapi Jeniffer merayu agar suaminya bertenang, tetapi lelaki itu menjadi semakin marah dan tidak terkawal lalu mengacu pistol itu ke arah bayi mereka di bahagian dada.
"Suspek menegaskan dia berani menembak anak mereka sebelum satu das tembakan dilepaskan," kata detektif berkenaan.
Jiran yang terdengar jeritan Jeniffer kemudian menghubungi polis kira-kira jam 1.30 pagi. Malangnya polis mendakwa mereka tidak dapat mengenal pasti dari mana suara jeritan itu dan memutuskan untuk menghentikan pencarian.
Menurut jiran berkenaan, "Dia (Jeniffer) terdesak, jeritan suaranya meminta pertolongan dapat didengari tetapi tidak lama selepas itu senyap dan sunyi sepi," katanya.
Dua jam selepas polis menghentikan pencarian itu, ambulans tiba di rumah suspek. Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi disahkan telah meninggal dunia.
from The Reporter https://ift.tt/2pa1PNZ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment