Viral di media sosial pengakuan berani seorang bekas pelajar tahfiz yang mendedahkan kes-kes liwat yang berlaku di madrasah yang pernah didudukinya. Zulfadzli Zahidi sendiri mengaku pernah ternampak di depan matanya sendiri seorang ustaz yang dihormati mereka sedang melakukan perbuatan terkutuk itu.
Pendedahan itu dikongsikan berikutan kes liwat yang membabitkan seorang pengetua tahfiz yang didakwa meliwat muridnya baru-baru ini.
Dalam respon terkini, pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan agar pusat tahfiz yang dikendalikan oleh tertuduh ditutup serta merta. Begitu juga dengan mana-mana pusat tahfiz yang tidak berdaftar.
Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan juga mengambil maklum mengenai kes tersebut, tetapi menasihatkan orang ramai jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
SAYA bekas pelajar tahfiz. Bermula menghafaz dari umur 12 tahun dan bertukar-tukar madrasah sebanyak lima kali sehingga tamat hafazan 30 juzuk.
Sepanjang pengajian saya, ada beberapa kes liewat dan cabul kerap terjadi pada pelajar-pelajar yang dipilih sebagai Khidmat Ustaz. Mereka disuruh memasak, membasuh, mengurut dan macam-macam lagi ibarat kuli. Diberi layanan khas sewaktu di dalam kelas dan kemudahan keluar ke kedai.
Sehinggalah satu hari, saya terdengar suara seorang pengajar sedang memaksa seorang murid supaya membersihkan duburnya di dalam tandas. Lalu saya mengajak beberapa rakan memberanikan diri menendang pintu tandas dan kami semua terpinga dek seorang ustaz yang kami amat muliakan kealimannya sedang mengikat murid junior dengan paip getah dan meliwatnya dengan rakus.
Kami segera tarik junior itu keluar dan mengajak semua orang berkumpul di atas surau. Seramai 10 orang secara terang mengaku diliwat setiap malam oleh ustaz tersebut.
Kami panik dan menelefon ibu bapa supaya datang menjemput kami pulang. Kelibat ustaz maulana dari Pakistan itu pula secara selamba masih berada di madrasah, ibarat tiada apa-apa yang telah berlaku.
Secara konklusinya, kes liwat memang terjadi di setiap madrasah yang saya pernah belajar. Baik hubungan bersama ustaz atau senior junior tetap berlaku.
Malangnya tiada apa yang berubah sejak dari awal tahun pengajian hingga kini. Cuma yang ketara adalah kebakaran selalu terjadi di madrasah-madrasah tahfiz. Adakah ini satu bala petanda? Wallahualam.
Tidak usah malu pada masyarakat sesama agama mahupun berbeza agama. Ini ialah kemungkaran yang amat dahsyat. Bala Allah turun bukan setempat tetapi seluruh alam jika masih tidak dikawal.
Sumber: Zulfadzli Zahidi
from The Reporter https://ift.tt/2OQQy0e
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment