Jeritan seorang wanita yang meminta pertolongan menyelamatkannya dari menjadi mangsa rogol seorang lelaki. Mangsa yang berusia 33 tahun itu terkejut apabila lelaki terbabit melompat masuk ke bilik tandas ketika dia sedang membuang air kecil di tandas stesen minyak Petronas Bukit Beruntung.
Ketika kejadian, suspek dikatakan melompat masuk dari bahagian atas dinding sebelum cuba memeluk mangsa. Mangsa sempat membuka pintu bilik tandas dan berlari keluar bagi memaklumkan kejadian kepada suaminya.
Suspek cuba melarikan diri namun ditangkap oleh orang awam yang berada di tempat kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Lim Bak Phai, suspek telah diserahkan kepada pihak polis dan ditahan reman selama empat hari. Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 377 D Kanun Keseksaan.
Video kejadian ini tular di media sosial apabila anak saudara mangsa memuat naik di Twitter. Melalui statusnya juga, dia menasihati orang ramai terutamanya wanita agar lebih berhati-hati dan berteman jika ke tandas di stesen minyak atau hentian Rehat dan Rawat.
"Tolonglah berhati-hati bila pergi tandas dekat stesen minyak atau R&R. Jangan pergi seorang diri. Tolonglah ajak seseorang teman. Makcik aku hampir kena rogol. Ada lelaki dah ready (sedia) tunggu dalam tandas sebelah lepas tu dia terus lompat masuk tandas makcik aku,"katanya.
Di ruangan komen, dia turut mengatakan bahawa suspek berusia 38 yang ditangkap itu sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak. Dia juga menyatakan ibu saudaranya tidak mengalami apa-apa kecederaan tetapi hanya mengalami sedikit trauma.
Sumber : OhBulan!, Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/2DahtCF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment