Home » , » Ingat nak buat kejutan, buka pintu bilik tengok suami tidur berpelukan dengan lelaki lain

Ingat nak buat kejutan, buka pintu bilik tengok suami tidur berpelukan dengan lelaki lain

shamsulazlan | 18:22 | 0 comments

Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, setiap pasangan kebiasaannya mengambil masa mengenal hati budi masing-masing. Proses ini penting untuk kita mengetahui sejauh mana pasangan kita mengenali diri kita. Tetapi, ada juga pasangan yang bernikah atas dasar persetujuan daripada ibu bapa. Ada yang bahagia hingga kini dan tak kurang juga sudah melalui proses penceraian akibat tiada persefahaman.

Satu kisah perkongsian yang terjadi kepada rakannya dikongsikan oleh Ayu Aziz melalui bebenang Twitter. Rakannya, yang bernama Aini melalui fasa kehidupan yang memedihkan apabila dijodohkan dengan seorang lelaki gay. Mereka bersatu melalui percaturan kedua ibu bapa mereka. Lantas Aini menjadi mangsa keadaan menerima segala keperitan.

CINTA selepas nikah” itu bagus dan sangat bagus. Tetapi ada juga kes seram sejuk berlaku asbab “cinta selepas nikah”. Dalam Islam pun ada lalui fasa pertunangan untuk berkenalan lebih rapat kan? 

Tetapi ini cerita betul dari rakan sendiri. So ceritanya macam ni, kawan aku nama Aini. Dia ni anak yang solehah lah senang kata. Anak bongsu dalam adik beradik. Waktu Aini ni umur 20 tahun, dalam proses nak habiskan sekolah, ada mak orang berkenan dengan Aini ni. Aini memang single. Dia sejenis tak percayalah cintan cintun ni kerana pada dia semua itu hanya buang masa. So, dia minta parent dia carikan atau terima sajalah sesiapa yang minat dia ni. 

Pendekkan cerita, satu hari tu, parent dia bawa Aini pergi wedding kawan parent dia. Adalah kawan parent dia ni berkenan sangat dengan Aini. Ditanya-tanya Aini ni soalan itu ini. Aini jawab lemah lembut sopan santun. Dikenalkan anak mereka, namanya Mirul. Aini dengan Mirul pun berbual macam biasa dengan soalan-soalan biasa. 

Selang seminggu, parents Mirul ni datang rumah Aini, tapi waktu tu Aini dah masuk kolej semula. Dia takdelah waktu tu ceritanya. Parents Aini pula rasa excited, rasa terkejut dengan parents Mirul yang tetiba datang ni. Parents Mirul beritahu hajat datang ke rumah Aini bahawa mereka berniat nak meminang Aini untuk anaknya Mirul. 

Mirul pula study juga tapi degree. Lagi beberapa sem dah nak habis. Dia study pula dekat UIA. Muka soleh habis. Jadi parents Aini ni memang dah berkenan dengan Mirul yang InshaAllah ada masa depan, yang backgroundnya ada basic agama. 

Tanpa pengetahuan Aini, parents Aini terima. Habis dah bincang benda basic bila boleh sarung cincin merisik apa semua, barulah parents Aini call Aini. Minta Aini balik lagi minggu tu sebab nak bincang ‘hal serious’. Aini pula anak yang mendengar kata, balik ke kampung. Sampai je kampung, parents Aini ni bawalah Aini makan tempat best-best dulu. Belanja Aini itu ini. 

Bila tiba di rumah, parents Aini panggil Aini duduk di ruang tamu bersama. Aini pula waktu tu dah rasa sesuatu tapi follow jelah kan. Ayah Aini buka mulut.

“Dik, ayah rasa adik dah readylah untuk kahwin.”

Aini terbuntang biji mata terkejutlah bapak dia cakap macam tu kan. Macam tak percaya! Lepas itu mak Aini pula bersuara. 

“Adik ingat lagi tak dekat Mirul?”

Aini angguk. Mak Aini pun sambung bicara. 

“Mak dan ayah sebenarnya dah terima Mirul masuk minang haritu. Tapi kalau Aini tak setuju, mak boleh cakap dengan family Mirul tu, cuma kita malu sikitlah Aini.”

Aini speechless. “Mak rasa, itu terbaik ke untuk Aini?”

Mak Aini senyum. Usap kepala Aini. “InshaAllah itu yang terbaik.”

So malam tu Aini setuju dalam rasa yang masih terkejut. Bukan berbelah bahagi tapi cuma rasa terkejut semata. Aini dan Mirul pun bertunang selama 3 bulan. 

Selama 3 bulan tunang tu, Aini dengan Mirul contact sesekali je melalui WhatsApp dan call.  Aini husnudzon jelah fikir yang Mirul tu nak jaga batasan sebelum sah nikah. Aini sesekali je cari Mirul. Mirul pula, dia takkan contact Aini dulu. Sampailah finally kahwin. Semuanya selesai secara baik dan penuh warna ceria. 

Selepas sebulan berkahwin, Aini dan Mirul dimurahkan rezeki pregnant dan sejak Aini pregnant tu lah Mirul mula jadi panas baran. Bila Aini mabuk muntah-muntah, Mirul maki hamun dia menyusahkan Mirul malam-malam nak kena bangun ambilkan mangkuk untuk muntah. Barang kena baling dah tak terkira. Aini pula setiap malam berteman air mata saja. Bila dekat depan parents Aini dan Mirul, Mirul memang jadi seorang lelaki yang soleh habis. 

Kalau solat jemaah, Mirullah yang imamkan seluruh family. Tapi bila dengan Aini je, perangai dia jadi macam tu. Aini pernah tanya kenapa buat semua ni dekat dia? Apa salah dia?

Mirul jawab, ”Aku ni sebenarnya tak nak pun kahwin dengan kau. Aku terpaksa je! Sebab kena dengar cakap mak bapak aku.”

Aini menangis waktu dengar Mirul cakap macam tu. Ditanya, “Awak ada orang lain ke?” tetapi Mirul tak jawab soalan itu.

Dicuba juga pertahankan. Aini pikat hati Mirul pakai seksi-seksi, masakkan sedap-sedap, tetapi Mirul tetap memaki hamun dia. Ada saja benda yang tak kena di mata dia. Aini pula dah nak masuk practical waktu tu. Aku tak ingat sangat ni. Tapi ceritanya, Aini nak masuk practical. So diorang tak dapat duduk serumah sepanjang Aini practical sebab tak dapat tempat yang dekat dengan rumah.  Waktu ni diorang duduk rumah sewa murah-murah.

So waktu Aini practical, minggu kedua ada public holiday. Aini tak plan apa-apa last minute balik. Aini belikan Mirul hadiah siap-siap nak buatkan suprise. Dengan perut dah mula membesar waktu tu, Aini drive jauh-jauh balik terus ke rumah. Aini nampak kereta Mirul di luar rumah. Senyum lebar lah Aini tengok kereta Mirul. Dia pun masuk perlahan-lahan sebab nak suprisekan Mirul. 

Dicari-cari tempat semua tak ada. Aini buka pintu bilik perlahan-lahan. Lepas itu? Jadi apa? Tekalah! Ye. Betul tu! Betul sangat. TAPI... Dengan lelaki lain!

Mirul, husband dia sendiri tengah tidur berpelukan dengan lelaki lain atas katil mereka dalam keadaan bogel tanpa seurat benang pun. 

Aini?? Dia terus meraung. “Allahuakbarrrrrr!!! Ya Allah!!!!! Dugaan apa lagi Kau beri ni ya Allahhhhh??”

Mirul terkejutlah dengar, terus berdiri dengan lelaki lagi seorang tu. Masing-masing cover diri yang tengah berbogel itu. Aini ini punya sakit sampai terduduk pegang perut dia. Meraung-raung sebut Allahuakhbar kuat-kuat. 

Lelaki lagi sorang tu cepat-cepat capai baju dia terus keluar pintu bilik itu. Mirul pula terus pakai apa yang patut. Mirul terus pergi dekat Aini peluk Aini nak tenangkan Aini. Aini ni pula hati dah hancur dan pecah. Dibiarkan saja apa Mirul nak buat. Dia dah tak mampu dah longlai. Muka dia penuh air mata. Basah!

Aini tanya. “Apa salah saya dekat awak sampai macam ni awak buat dekat saya?? Apa salah saya?”

Mirul menangis dengar Aini tanya macam tu dengan suara paling sayu. Aini tak marah, tapi kecewa. Terluah dengan suara dia. Mirul pegang tangan Aini, Mirul minta maaf banyak-banyak pada Aini.  Mirul terangkan. Sebenarnya, parents Mirul tahu Mirul ada masalah suka pada kaum sejenis, sebab itu parents Mirul keep him on track. Dihantar Mirul ke sekolah agama semua. 

Mirul tak nak kecewakan parents dia. Mirul berlakon Mirul dah berubah. Tapi sebenarnya, Mirul bercinta dengan lelaki dan ada hubungan seks pun dengan lelaki yang dia bercinta. Daripada zaman dia diploma tahun pertama. 

Aini meraung makin kuat. “Sakit Mirul. Sakit! Aini sayang Mirul sepenuh hati. Aini cintakan Mirul ikhlas. Mirul buat macam macam dekat Aini, Aini terima sebab Aini cintakan Mirul. Tapi kenapa Mirul tak jujur dengan Aini waktu kita bertunang??”

“Mirul tak sanggup lukakan hati parents Mirul...”

Aini menangis lagi. Dipegang perutnya. Diambil tangan Mirul perlahan-lahan letak dekat perut Aini. “Sayang.. awak sayang anak kita tak??

Mirul menangis. “Sayang. Saya sayang awak juga sebenarnya.”

Air mata Aini makin laju. “Jangan cakap sayang saya. Saya tak nak dengar. Tapi awak sayang anak kita tak?” Mirul angguk.

“Tolong ceraikan saya dengan baik Mirul. Kita besarkan anak ini sama-sama. Tapi saya nak bercerai. Boleh?”

Mirul pula meraung, dipeluk Aini kuat-kuat. Aini cuma tadah. Redha. Hati Aini waktu tu dah terlalu hancur. Sampaikan dia dah tak tahu nak rasa apa. Aini minta izin Mirul untuk keluar rumah beberapa hari tenangkan fikiran. Mirul hormat dan hantarkan Aini balik ke kampung. Aini balik kampung dan anggap semuanya baik-baik. Bila ditanya kenapa Mirul tak ikut balik, Aini jawab Mirul ada assignment. 

Setiap malam Aini merintih atas sejadah. Menangis tak berhenti. Minta petunjuk. Cukup 4 hari, Aini balik semula ke rumah. Practical tu Aini minta emergency leave seminggu. 

Sampai je rumah, Mirul dan Aini berbincang. Mirul bersetuju ceraikan Aini dengan syarat Aini tak ceritakan atas asbab apa mereka bercerai. Aini setuju. Semua perbelanjaan tentang anak ditanggung sepenuhnya oleh Mirul. Mereka kumpulkan parents mereka dan beritahu mereka mahukan penceraian. 

Parents diorang menangis meraung-raung terkejut kenapa sampai nak cerai semua. Mirul cakap salah dia. Dia pukul-pukul Aini. Tak tahan sabar dengan karenah Aini ketika mengandung. Adalah adegan sikit blablabla. 

Akhirnya semua bersetuju dan bercerai secara baik. Naik mahkamah dan lafaz cerai. Tapi tak bercerai waktu tu. Mereka bercerai selepas Aini bersalin. Cuma sepanjang nak menunggu Aini bersalin tu, memang mereka tak duduk sebumbung. 

Sampailah Aini bersalin, Mirul temankan dalam LR. Waktu Mirul laungkan azan untuk anak dia, memang sedih gila. Mirul pun menangis. Family semua menangis. Tahu lepas ini diorang nak cerai. 

Dan lepas habis pantang 44 hari, diorang naik mahkamah lafaz cerai. Sekarang, Aini dan Mirul tu kawan baik. Mirul pula dalam process untuk ubah nafsu dia. Sebab dia bukan 100% bernafsu pada kaum sejenis sahaja. Tetapi dia masih juga bernafsu dengan kaum lain. Jadi percentage untuk dia pulih tu tinggi. Aini pula, sentiasa support Mirul dalam perubahan semua. Aini sebenarnya sanggup tunggu Mirul berubah. 

Cuma Aini takut nak jadi isteri dia, takut terkena Aids. Yelah, kalau dah seks lalu tempat tak sepatutnya kan. Anak mereka dah 3 tahun dah. Aini masih single. Mirul masih struggle. Semoga ada ending yang baik buat mereka. 

Dan buat kita semua, ambillah masa berapa lama pun untuk kenal sehabis baik pasangan kita itu. Zaman sekarang dah tak macam dulu. Apa-apa fakta yang meragukan bukan tanggungjawab aku sebab aku hanya menyampaikan apa yang diceritakan. 

Sumber: Ayu Aziz


from The Reporter https://ift.tt/2O0mD5f
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger