Home » , » 'Laa.. you tak tahu ke? I la Dajjal tu' - Fathia Latiff perlekeh teguran dari followers

'Laa.. you tak tahu ke? I la Dajjal tu' - Fathia Latiff perlekeh teguran dari followers

shamsulazlan | 20:57 | 0 comments

Baru-baru ini, seorang individu tampil memberi teguran terhadap pelakon wanita yang dikatanya semakin berubah dan terlibat dengan pelbagai kontroversi. 

Natasha (@frhhnatasha) mengakui mula menjadi followers pelakon, Nur Fathia Latiff, selepas dia berhijab yang nampak lebih lawa, ayu, manis dan sedap mata memandang. 

"Dulu I follow you selepas you berubah pakai hijab. Time tu you lawa sangat kak. Ayu, manis je dan sedap mata memandang. Tetapi makin lama kelamaan you become worse. 

"I tak pernah komen dekat (Instagram) you. But this time I just nak cakap hipokrit dengan menjaga aib sendiri adalah dua perkara yang berbeza. Aib is what you are doing right now (seperti) smoke, partying, aurat yang sengaja ditayangkan. That is aib. 

"Hipokrit is between your behavior towards other. Sama ada berbuat baik atau jahat, nak cakap baik-baik atau mencarut terus, that is hipokrit yang tak ada kena mengena dengan attitude you because that is your aib.

"Please jaga aib even bukan a hipocrite," tulis Natasha dan ramai netizen bersetuju dengannya. 


Malangnya, teguran dari peminat itu diperlekehkan oleh pelakon berkenaan yang tidak mengambil serius mengenai perkara tersebut. 

"Wehhh.. ustazah dah marah kite.. @zarina_anjoulie" tulis Fathia. 

Natasha menjelaskan, dia bukannya marah tetapi sekadar mahu membuat teguran dan terpulang jika Fathia mahu menerima teguran itu atau sebaliknya. 

Namun, Fathia sekali lagi membalas komen tersebut, "Laa.. you tak tahu ke? I la Dajjal tu," tulis dengan disertakan emoticon gelak berguling-guling. 



from The Reporter https://ift.tt/2MbCSdX
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger