Home » , » 'Saya masih percaya keputusan belum muktamad' - Graduan dihukum gantung sampai mati kerana proses ganja untuk rawat 800 pesakit

'Saya masih percaya keputusan belum muktamad' - Graduan dihukum gantung sampai mati kerana proses ganja untuk rawat 800 pesakit

shamsulazlan | 07:10 | 0 comments

Seorang pemuda yang berusia 29 tahun, Muhammad Lukman telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana didapati bersalah memiliki, memproses, dan mengedar dadah jenis ganja yang telah diolah dalam bentuk cecair (minyak). 

Rata-rata netizen terkejut dengan keputusan tersebut kerana berdasarkan rawatan yang diterima oleh beberapa pesakit, ternyata alternatif rawatan yang digunakan ini berjaya menyembuhkan penyakit tertentu. 

Lukman dan isterinya telah ditangkap pada 7 Disember 2015 lalu dan isterinya telah dibebaskan kerana didapati tidak bersalah. 

Kes ini turut mendapat perhatian netizen apabila Syahril A.Kadir melalui tulisannya di Facebook mempersoalkan adakah ganja itu dadah atau salah satu alternatif rawatan (ubat)? 

KES GANTUNG SAMPAI MATI LUKMAN. GANJA, DADAH ATAU UBAT?

JIKA semalam abam menulis mengenai puluhan gangster dan samseng yang tuduhan mereka dipinda dan cuma dipenjarakan selama setahun walaupun disiasat atas pelbagai aktiviti jenayah serius termasuk pembunuhan, hari ini abam nak ajak kita semua merenung satu kes yang ramai daripada kita, sekali lagi, terlepas pandang.

Baru-baru ini, lebih tepat sehari sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu, seorang graduan, Muhammad Lukman Mohamad yang berusia 29 tahun telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.


Ini kerana dia didapati bersalah kerana memiliki, memproses dan mengedar dadah jenis ganja yang telah diolah dalam bentuk cecair (minyak). Sebanyak dua kilogram HAMPAS ganja kering bersama 260g ganja mampat telah dijumpai di dalam kediamannya.

Dia sebenarnya ditangkap bersama isterinya yang hamil lima bulan waktu itu tetapi isterinya itu dibebaskan kerana didapati tidak bersalah.

Lukman sebenarnya telah memproses ganja-ganja tersebut untuk dijadikan minyak bagi tujuan perubatan, malah sehingga tarikh ditangkap, beliau telah memberi rawatan alternatif ini kepada tidak kurang daripada 800 orang pesakit!

Sepanjang perbicaraan berlangsung, peguambelanya, Farhan Maaruf  telah membawa saksi-saksi yang pernah mendapatkan perubatan minyak ganja daripada beliau.  


Antaranya adalah seorang penghidap sakit Thalesemia yang telah menggunakan minyak ganja sepenuhnya sebagai medium rawatan utama sejak 2016 tanpa mendapatkan apa-apa ubat-ubatan dari pihak hospital. Ibu kepada Lukman juga dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah sebagai testimoni dan pesakit yang mendapatkan rawatan terakhir daripada Lukman.

Kes Lukman yang dijatuhi hukuman gantung ini telah mendapat liputan antarabangsa di mana kes ini telah dilaporkan di Perancis, United Kingdom dan juga Australia.

Bagi kita yang tak pernah terdedah dalam dunia ganja ini, kita anggap ia satu topik yang taboo tetapi dalam sedar tak sedar, sebenarnya ganja kini semakin diterima di banyak negara di dunia sebagai salah satu tumbuhan yang mempunyai khasiat dan kelebihan khususnya dalam merawat pelbagai penyakit kronik.

Di sini abam sertakan petikan rencana daripada Editor akhbar The Star semalam yang turut membincangkan mengenai kes Lukman;

"NEXT month, Canada will fully legalise recreational marijuana. In Argentina, the government has been providing medical marijuana since March 2017. In Uruguay, marijuana is not only legal but a growing enterprise. From Holland to Jamaica, Portugal to Australia, lawmakers are doing the same thing. What did we do? We just sentenced a man to death for it last week.

"A 29-year-old father of one, Md Lukman was sentenced to hang for possessing, processing and distributing cannabis oil. He provided this item to patients who were suffering from ailments that marijuana and its active ingredient tetrahydrocannibol are associated with treating."

Malah bekas pendakwaraya di Jabatan Peguam Negara, Samantha Chong juga ada memberikan pendapatnya.

Menurut Samantha, ganja bukanlah sejenis dadah 'ganas' seperti mana mereka yang mengambil kokain atau heroin.

“Every time I go for international conferences and tell others that in Malaysia you can be hanged for possession of 200g of marijuana, those in the outside world are shocked. We are wasting money, clogging up the justice system and over-crowding our prisons. Now around 59% of cases in the prison are those who commit non-violent drug-related offences. The truth is that cannabis should not be treated on the same level as hard drugs such as heroin or cocaine.

“With marijuana the chances of addiction are very minimal, but somehow it is categorised along with heroin and methampethamine. This needs to be reviewed, especially considering the traditional use of cannabis for medicinal value,” says Chong.

Abam bencikan dadah dan abam rasa kita semua pun bencikan dadah. Agama, bangsa dan negara rosak kerana dadah. Abam berani bet takde seorang pun daripada kita boleh mengaku dengan bangganya tiada darah dagingnya yang terlibat dengan dadah, mesti ada.

Namun pada masa yang sama, mahu tak mahu kita kena akui banyak ubat-ubatan dalam pasaran sebenarnya berasal daripada dadah juga. Paling dekat dalam masyarakat kita adalah ketum. Ketum digunakan dari dulu hingga sekarang terutama tok nenek kita dulu dan terbukti keberkesanannya.


Yang jadi masalah, kita salah guna benda-benda ni untuk keseronokan hingga hancur institusi kekeluargaan dan sebagainya. Pun begitu, jangan kerana itu, kita 'pukul rambang' hingga semua yang mengambil dadah kita anggap penagih.

Kalau kita boleh ubah dan pinda tuduhan kepada kepala gangster dan samseng, apasalahnya kita ada sedikit 'keberanian' untuk melihat kembali undang-undang lapuk mengenai dadah. 

Sudah tiba masanya kita mengkaji semula definisi siapa sebenarnya pengedar, siapa sebenarnya penagih dan siapa sebenarnya pesakit yang memerlukan dadah untuk rawatannya.

Sekali lagi abam tegaskan, prinsip abam tiada kompromi kepada penyalahgunaan dadah namun kalau terbukti secara santifik penggunaan dadah khususnya tumbuhan seperti ganja, ketum dan sebagainya ini boleh membantu khususnya dalam dunia perubatan, kita kena tengok balik terutama dari segi undang-undang dan implikasinya.

Abam tutup tulisan abam ini dengan kata-kata Lukman kepada peguambelanya sejurus hukuman mati dijatuhkan ke atasnya;

"Ini bukan salah Hakim, Yang Arif hanya menjalankan tugas menurut sistem undang-undang lapuk, dia tak tahu tentang kebenaran (perubatan ganja) ini. Saya masih percaya keputusan belum muktamad. Jika telah muktamad, maka sememangnya undang-undang Malaysia sangat kejam.”

Wallahualam. What say you?



from The Reporter https://ift.tt/2x5F55W
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger