Home » , » (Video) 'Bangla pun tau la rukun negara' - Ben Ladin dikecam netizen kerana gagal jawab soalan Merdeka Challenge

(Video) 'Bangla pun tau la rukun negara' - Ben Ladin dikecam netizen kerana gagal jawab soalan Merdeka Challenge

shamsulazlan | 20:28 | 0 comments

Kemerdekaan bukan sahaja laungan di bibir semata-mata, tetapi erti kemerdekaan itu lebih bermakna jika kita menghayati sejarah, perjuangan dan juga pembangunan negara. 

Jika hanya laungan merdeka sahaja kedengaran, tetapi tidak bererti sekiranya budaya luar diagungkan lebih-lebih lagi budaya yang disebarkan melalui media massa.

Sebelum ini viral di media sosial remaja meniru cabaran-cabaran yang dikenali sebagai Keke Challenge, Dele Challenge dan seumpamanya. Adakah kita perlu berbangga apabila kita dapat menyahut cabaran ini? 

Buletin Utama, TV3 yang bertindak sebagai platform media massa telah mengadakan satu cabaran kepada rakyat Malaysia untuk menguji samada rakyat Malaysia ini benar-benar menghayati erti kemerdekaan. Cabaran yang dinamakan Merdeka Challenge itu turut mengejutkan ramai netizen apabila soalan-soalan yang ditanyakan tidak dapat dijawab dengan baik. 



Melalui Merdeka Challenge itu juga, seorang rakyat Bangladesh turut disoal. Apa yang mengejutkan soalan mengenai Rukun Negara mampu dijawab dengan baik. 

Terkini, netizen turut membandingkan jawapan yang diberikan oleh rakyat Bangladesh itu lebih baik daripada seorang artis muda. 

Nama Ben Ladin menjadi tular ketika ini kerana  tidak dapat menjawab dengan baik soalan yang dikemukakan mengenai negara. Berdasarkan lima soalan yang dikemukakan, hanya satu soalan yang berjaya dijawab.



Instagram Ben Ladin turut dihujani dengan kecaman dari netizen akibat video penularan tersebut. Kebanyakan netizen bersependapat mengatakan sepatutnya generasi seperti Ben Ladin ini atau nama sebenarnya Muhammad Benladin Munshi Shahihan, lebih mendalami ilmu kenegaraan. 





Walaubagaimanapun, ada yang mengatakan Ben Ladin tidak dapat menjawab soalan dengan baik kerana dia tidak belajar di sekolah, sebaliknya dia belajar dari rumah (homeschooling).

Ekoran penularan video tersebut, Ben Ladin telah membuat permohonan maaf melalui Instagramnya.

Sementara itu, f8buzzhiburan yang telah menemubual Ben Ladin ketika itu turut memohon maaf dan tidak menyangka kuiz spontan tersebut dikecam teruk. f8buzzhiburan turut menyatakan ketika itu Ben sedang bersiap untuk satu rakaman dan mereka menerjah Ben. Siapa sahaja yang akan panik bila diterjah sedemikan dan soalan yang diajukan juga bertubi-tubi.


Sumber: Buletin Utama, Membawang


from The Reporter https://ift.tt/2Pq3rxW
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger